
Umno mahu rampas kerusi majoriti peneroka Felda
Umno
berhasrat merampas semula kerusi Parlimen yang mempunyai majoriti
peneroka Felda pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini, kata Ketua Penerangan
Umno Datuk Ahmad Maslan.Beliau berkata terdapat 54 kerusi Parlimen di tanah rancangan Felda atau 24 peratus daripada 222 kerusi.
"Hasrat
kita ialah semua kawasan Parlimen yang kalah (pada pilihan raya lalu)
kita nak menang kali ini, dan antaranya kawasan seperti Tanah Merah
(Kelantan), Baling, Padang Terap dan Sik (Kedah)," katanya kepada
pemberita di Putrajaya, semalam.Sebelum itu, Ahmad menghadiri pertemuan bersama Gabungan Peneroka Generasi Wawasan Felda Kebangsaan (Gempak) di pejabatnya.
Mengenai strategi 'luar biasa' untuk memenangi kawasan majoriti Felda, beliau berkata "ia adalah satu rahsia".
Bagaimanapun, katanya, masyarakat Felda menerima baik langkah yang diambil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam memajukan Felda.
"Anak-Anak Felda tidak akan mengecewakan pengasas Felda," katanya.
![]()
