Satu majlis pahit manis yang diadakan baru-baru ini menandakan permulaan dan perpisahan sepasang kekasih yang sudah sekian lama bercinta.
Dalam kisah cinta yang memilukan dan
juga aneh, seorang lelaki Thai menganjurkan upacara pengebumian dan juga
perkahwinan serentak untuk teman wanitanya yang mati mengejut sebelum
mereka dapat berkahwin secara rasmi.
Lelaki berkenaan ialah Chadil Deffy yang
juga dikenali sebagai Deff Yingyuen, pengarah sebuah stesen televisyen
di timur laut Thailand.
Sepanjang 10 tahun lalu, dia hanya
memberi tumpuan terhadap hasrat untuk menyambung pelajaran dan kariernya
selepas menamatkan pelajaran di Universiti Timur Asia, tempat dia
berkenalan dengan Sarinya ‘Anne’ Kamsook.
Selepas jatuh cinta di universiti itu
dan tinggal bersama selama 10 tahun, Anne memutuskan untuk berkahwin.
Namun, hasratnya tertunda kerana Deff mahu memastikan kariernya kukuh
dulu tetapi berjanji untuk mengahwini kekasihnya itu.
Tetapi Anne mati pada 3 Januari selepas
terbabit dalam kemalangan. Deff yang kesal kerana tidak sempat untuk
menunaikan janji, akhirnya mengambil keputusan berkahwin pada hari
pengebumian Anne, kelmarin.
Anggota keluarga dan rakan dijemput
menerusi Facebook untuk menghadiri majlis perkahwinan dan sekali gus
upacara pengebumian di sebuah kuil di Surin.
Dengan
berpakaian tuxedo pada majlis itu, Deff yang kelihatan sedih,
menyarungkan cincin pada jari mayat Anne selepas dikahwinkan oleh
seorang sami baru, yang mengikut tradisi penganut Buddha Thai, boleh
menjamin perkahwinan yang berkekalan.
Pada majlis itu, mayat Anne dipakaikan dengan pakaian serba putih dan diletakkan diatas papan.
Selepas menyarungkan cincin, Deff mencium tangan dan dahi pengantin perempuan, disaksikan oleh anggota keluarga
![]()

