January 17, 2012

Wow!! Kesemua Produk Coca-Cola Selamat

Kesemua Produk Coca-Cola Selamat
Kesemua produk The Coca-Cola Company (Coca-Cola) adalah selamat dan diperbuat dari bahan-bahan yang dibenar dan diluluskan penggunaanya oleh pihak berkuasa tempatan di seluruh dunia termasuk di Malaysia dan Singapura.
Malah Pengarah Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Coca-Cola Malaysia, Kadri Taib berkata,  Coca-Cola amat mementingkan keselamatan dan kualiti produk bagi menyediakan produk yang selamat dan berkualiti tinggi yang menepati standard dan peraturan yang ada kepada para pengguna.

Oleh itu, dakwanya, tiada sebarang isu keselamatan dari jus oren yang Coca-Cola Malaysia gunakan dalam produk mereka walaupun di Amerika Syarikat.
“Berhubung isu yang timbul di Amerika Syarikat (AS), pihak Pentadbiran Makanan dan Perubatan AS (FDA) menyebut dalam surat bertarikh 9 Januari 2012 bahawa berdasarkan satu kajian awal keselamatan yang dijalankan oleh Agensi Kawalan Alam Sekitar AS (EPA) bahawa EPA telah mengesahkan bahawa pengambilan jus oren yang mengandungi Carbendazim pada tahap yang rendah seperti yang telah dilaporkan tidak menimbulkan kebimbangan keselamatan.

“Situasi di AS adalah unik kepada Negara tersebut disebabkan undang-undang dan peraturan berhubung racun tertentu yang berbeza dari undang-undang dan peraturan di negara-negara lain,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Mengulas lanjut, Kadri berkata, situasi di AS adalah berkaitan dengan sejenis racun kulat yang digunakan oleh petani di Brazil untuk memerangi satu penyakit yang menyerang buah oren mereka.

Menurutnya, penggunaan racun kulat tersebut dibenarkan di kebanyakan negara termasuk di Malaysia dan Singapura tetapi ia tidak didaftar untuk digunakan di AS.
“Ia adalah satu isu yang menjejaskan setiap syarikat yang mengeluarkan produk yang menggunakan jus oren Brazil di AS,” katanya.
Katanya, bagaimanapun kadar yang didapati dalam produk AS yang dikaji mendapati ia kurang dari satu persepuluh paras dibenarkan apabila EPA membenarkan para pengusaha tanaman untuk menggunakan sejenis racun kulat yang secara semulajadi bertukar menjadi Carbendazim.

Jelasnya, kadar tersebut adalah di bawah paras yang ditetapkan oleh negara-negara
yang membenarkan Carbendazim digunakan keatas tanaman.