
CHELSEA kembali merampas tangga keempat
Liga Perdana Inggeris daripada Arsenal selepas mereka berjaya menewaskan
Wolves 2-1 di gelanggang lawan malam tadi, tatkala Arsenal pula tewas
1-2 kepada Fulham, awal pagi tadi.
Frank Lampard muncul wira Chelsea apabila menjaringkan gol kemenangan
pada minit ke-89 selepas gol pendahuluan Ramires (54) berjaya disamakan
pemain Wolves, Stepeh Ward (84).Dengan kemenangan itu, Chelsea kini mengumpul 37 mata selepas 20 perlawanan, satu mata mengatasi Arsenal.
Di Craven Cottage, Laurent Koscielny meletakkan Arsenal di hadapan pada minit ke-21 sebelum mereka terpaksa beraksi 10 pemain selepas Johan Djourou dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-78.
Kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Fulham yang akhirnya berjaya melakar kemenangan menerusi dua jaringan lewat Steve Sidwell (85) dan Bobby Zamora (90).
Tiga lagi perlawanan, malam tadi menyaksikan tuan rumah mengalami kekalahan iaitu Aston Villa tewas 0-2 kepada Swansea, Blackburn tewas 1-2 kepada Stoke manakala QPR turut tewas 1-2 kepada Norwich.
Hari ini, tiga lagi perlawanan menyusul iaitu Tottenham bertemu West Brom (3.45 pagi Rabu), Wigan bertemu Sunderland (3.45 pagi Rabu) dan Manchester City bertemu Liverpool (4 pagi Rabu).
Baki dua perlawanan bakal berlangsung esok iaitu Everton bertemu Bolton (4 pagi Khamis) dan Newcastle bertemu Manchester United (4 pagi Khamis)