Pernahkah
terfikir di minda anda bahawa posisi seks yang digunakan pasangan
ternyata menerangkan watak dirinya? Seksualiti seseorang berkembang
sesuai kedewasaannya, ada yang melaluinya dengan cepat ada pula yang
lambat. Pendewasaan diri dan pembentukan watak ini nampaknya secara
tidak sedar terbawa dari caranya memilih posisi berhubungan seks.
Ada
lima posisi berhubungan seks yang paling umum dan sering digunakan
lelaki. Kelima kedudukan ini sebahagian besarnya menjelaskan bagaimana
watak dan sifatnya. Seperti yang dipetik dari AskMen.
1. Doggy Style
Posisi
ini melambangkan rasa tidak hormat terhadap wanita. Daripada memberikan
perlakuan kasih sayang, kedudukan ini cenderung berkesan ‘merendahkan’.
Dipercayai lelaki yang menyenangi posisi ini, mengalami banyak
penolakan ketika ia membesar, entah penolakan dari jantina yang
berlawanan, teman-temannya, dan keluarga. Ia melampiaskan rasa
kekecewaannya dalam posisi ini. Posisi ini kerap digunakan oleh para
‘player’ yang hanya mencari cinta satu malam, yang jelas tidak mengerti
makna cinta sejati dan kesetiaan.
2. Misionaris
Posisi
klasik dan tradisional dalam berhubugan seks, membuatnya dinamakan
‘mubaligh’ (hanya menjalankan misi). Lelaki yang menggunakan kedudukan
ini biasanya jenis yang konservatif, tidak berani mengambil risiko dan
senang mengikuti peraturan dalam hidupnya. Ia tidak menganggap aktiviti
seksual sebagai sesuatu perkara yang penting namun hanya sebagai
kewajipan yang dilakukan oleh suami isteri. Posisi ini juga bermakna
bahawa ia pasangan yang cenderung kepada kebosanan, namun mengagumi anda
sebagai pasangannya.
3. Cowgirl
Boleh
dikatakan kedudukan ini adalah kegemaran lelaki pemalas. Bagaikan anak
tunggal yang selalu dipenuhi segala permintaannya, kedudukan ini
memerlukan kerja keras dari pihak wanita. Lelaki yang gemar menggunakan
kedudukan ini cenderung hidup selesa dan jarang ingin berusaha lebih
untuk kehidupan yang lebih baik. Dipercayai lelaki seperti ini akan
bergantung pada pasangannya terus-menerus dalam membuat segala
keputusan. Posisi ini juga bermakna bahawa ia jenis lelaki yang ingin
segala sesuatunya cepat diselesaikan, apapun cara yang mesti ditempuh.
4. Spooning
Bagi
lelaki yang menyenangi posisi ini, bererti ia senang berada dalam sebuah
hubungan yang mengikat. Selama hidupnya dianggarkan ia mengalami
masa-masa yang sukar, namun ia berjaya membina keyakinan dan berdikari.
Menjalani hidup sendiri merupakan perkara yang mustahil dilakukan
baginya. Itulah sebabnya ia sangat memuja pasangannya, dan seakan tidak
mahu lepas darinya. Sayangnya jenis ini cenderung posesif dan penuh rasa
cemburu. Ia akan panik apabila anda tidak memberi berita ataupun
menghilang hanya seketika sahaja.
5. Kucing
Posisi
ini dilakukan dengan wanita berbaring meniarap, dan kemudian sang
lelaki melakukan penetrasi dari atas dengan tumpuan tangan yang lurus
seperti berpose yoga. Serupa dengan posisi doggy-style dengan pendekatan
spooning. Tidaklah hairan posisi ini disukai dalam buku ilmu seks
tantrik. Kkabarnya, kedudukan ini menandakan lelaki tersebut tidak
peduli dengan hal-hal duniawi, namun spiritual. Ia sangat mengutamakan
keseimbangan dalam kehidupan mahupun percintaan. Jenis lelaki yang sabar
namun mudah kehilangan arah apabila pasangannya tidak peduli lagi akan
dirinya.
![]()

