Kerana saya tidak cantik..
saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.
Kerana saya tidak cantik..
saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.
Kerana saya tidak cantik..
saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.
Kerana saya tidak cantik..
saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
Kerana saya tidak cantik..
saya
tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan
kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya
seadanya.
Paling penting, kerana saya tak cantik..
saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa.
p/s
- kadang-kadang kita lupa segala kecantikan itu adalah hak milik allah
& ianya hanya dipinjamkan sementara kepada kita. Kita juga sebagai
manusia sering lupa untuk mensyukuri dengan segala apa yang allah telah
berikan kepada kita.
![]()

