Kebanyakan
orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya
hingga ke jinjang pelamin. Bertunang adalah cara yang dilakukan bagi
menyempurnakan janji untuk berkahwin.
Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus.
Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang
datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan.
Orang
yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada
gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran.
Oleh
sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut
adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua
orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi
melangsungkan perkahwinan.
Bertunang
tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum
diteguhkan oleh akad yang menghalalkan segala perhubungan antara lelaki
dan perempuan.
Bertunang
adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang
sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka
masih belum ‘halal’ untuk bersentuhan, berciuman dan sebagainya.
Pihak
lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga
pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam
pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu
menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.
![]()

