February 19, 2012

Gila..Lelaki Mentato Kucing Peliharaannya

Seorang lelaki Rusia telah memicu kemarahan para pencinta haiwan setelah melakukan hal keji terhadap kucing peliharaannya, dengan mentato haiwan malang tersebut dengan tato yang sama pada tubuhnya.

Timur Rimut, dari Tatarsan, Rusia, memfilemkan dirinya mentato  kucing sphinx-nya, Coco, dengan kalimat latin ‘Carpe Diem’.

Artis berusia 24 tahun tersebut memiliki tato yang sama di dadanya dan membuat desain yang sama pada kucingnya dengan pena sebelum membius haiwan itu dan mentatonya secara permanen. Namun, rupanya ia salah mengeja kalimat dan mentato ‘Carpe Deem’ di dada Coco.

“Kami terkejut melihat gambar-gambar tersebut. Kami tidak setuju dengan orang-orang yang memperlakukan haiwan peliharaan sebagai aksesoris fashion dengan cara apapun, ” kata juru bicara Perlindungan Kucing Inggris.

“Ini adalah tindakan yang paling kejam terhadap haiwan. Saya tidak dapat memahami bagaimana seorang pemilik boleh melakukan ini untuk haiwan peliharaannya. Benar-benar memuakkan, “kata seorang wanita.

Sedangkan yang lain menambahkan bahawa “Kucing itu tidak memberikan persetujuan untuk ditato. Anda merampas hak haiwan itu dengan membuatnya dibius sehingga boleh menghiasnya dengan apa yang Anda inginkan. Kucing itu bukanlah sebuah buku gambar.”