February 13, 2012

IKA NABILA MINUM ARAK? APa NaK JaDi???

Gambar Ika Nabila yang tersebar di internet.

Pelakon baru, Ika Nabila berkata dakwaan bahawa dia seorang peminum arak seperti dalam foto yang tersebar di internet merupakan satu fitnah semata-mata.
Ika menjelaskan air dalam gelas tersebut bukanlah minuman beralkohol sebaliknya ia adalah jus sparkling.

Ika yang merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6) berkata, dia tidak pernah minum arak apatah lagi berkeadaan mabuk di depan khalayak seperti yang digambarkan pada foto berkenaan.
“Sebenarnya air dalam gelas tersebut adalah jus sparkling. Saya tak tahu macam mana gambar itu boleh tersebar kerana ia hanya dipaparkan dalam gambar profil mesej Blackberry (BBM) saya.

“Dan air itu bukanlah air arak seperti yang disangkakan. Malah, saya bersama Mimi Haris (penyanyi) ketika itu di sebuah pusat karaoke.
“Saya percaya ini perbuatan khianat individu yang tidak berpuas hati dengan saya,” jelasnya yang dihubungi
Ika berkata demikian ketika mengulas foto yang disebarkan oleh sebuah blog hiburan.