February 10, 2012

Inilah Cara-Cara Kahwin Muda


Kalau si suami dapat memperisterikan wanita yang kuat agamanya, yang menjaga tatasusila sebagai seorang muslimah, nescaya aman rumah tangganya. Tak adanya si isteri tu tadi nak gatal-gatal main kayu tiga dengan suami. Tak ada nak mengada-ngada nak main facebook duk melayan jantan-jantan dekat internet.
Memang dah jadi fitrah manusia akan sunyi kalau hidup tanpa pasangan.

Sebagai manusia yang normal, kita akan mudah tertarik dengan lawan jantina kita. Yang lelaki akan tertarik dengan wanita, dan yang wanita akan tertarik dengan lelaki.

Zaman sekarang ni memang tak dinafikan, ada lelaki yang tertarik dengan sesama lelaki, manakala yang perempuan pulak tertarik dengan pasangan yang sama jantina. Untuk golongan seperti ini, kita sama-samalah doakan semoga Allah berkenan untuk berikan mereka hidayah, untuk kembali ke jalan yang benar.

Sebagai seorang lelaki, kita cenderung untuk memilih pasangan hidup yang memiliki ciri-ciri yang sekian-sekian. Sebagai contoh ada lelaki yang sukakan wanita yang memiliki bentuk tubuh yang tertentu. Lelaki melihat seseorang wanita itu menarik apabila wanita tersebut mempunyai warna kulit yang tertentu, jenis rambut yang tertentu, saiz buah dada yang tertentu, saiz punggung atau pinggul yang tertentu, dan ketinggian yang tertentu.

Lain orang lain citarasanya.

Ada juga lelaki yang hanya akan jatuh cinta pada wanita yang memiliki harta. Biar tak ada rupa, janji ada harta. Bab-bab rupa ni, itu semua boleh di modify kemudian asalkan ada duit. Jadi tak hairanlah kalau mana-mana janda yang kematian suami, yang mewarisi harta suami yang banyak mudah untuk mendapat pasangan yang baru untuk kahwin semula. Ini contoh je.

Selain daripada ini, ada lelaki yang hanya akan memilih pasangan yang setaraf dengannya. Memiliki keturunan yang at least sama level dengan dirinya. Kalau si lelaki ni tadi keturunan kerabat diraja, maka pasangan hidupnya pun mestilah kena dalam kalangan kerabat diraja jugak. Golongan bangsawan mesti akan mengahwini golongan bangsawan jugak.

Kenapa lelaki akan memilih wanita yang memiliki ciri-ciri begitu dan begini untuk menjadi pasangan hidupnya? Boleh jadi si lelaki ini tadi akan menjadi sangat cerewet dalam memilih pasangan hidupnya. Sikap ini jadi sangat berbeza berbanding semasa si lelaki ini tadi memilih pasangan untuk dijadikan couple.

Well, it is just another story. Insya Allah bila ada kesempatan saya akan tulis kenapa lelaki tak kisah memilih perempuan untuk dijadikan couple tetapi sangat cerewet apabila memilih seorang perempuan untuk dijadikan calon isteri.

Apa pesanan Nabi Muhammad s.a.w dalam bab-bab memilih pasangan hidup?

Kita perhatikan makna hadith berikut, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud,

Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, cantik rupa parasnya, banyak hartanya, baik keturunannya atau kuat agamanya. Maka pilihlah yang kuat agamanya

Rasulullah S.A.W. sendiri memberikan kita ciri-ciri perempuan yang baik untuk dikahwini. Apabila berhadapan dengan situasi tak tau nak pilih perempuan yang macam mana untuk dijadikan isteri, maka pilihlah perempuan yang beragama. Maksud beragama disini bukanlah semata-mata Islam, tetapi adalah seseorang yang benar-benar faham mengenai Islam, dan mengamalkan Islam 100% dalam kehidupan seharian.

Jangan terkeliru dengan wanita beragama seperti yang banyak terdapat dalam pasaran. Nama je Islam, tapi tutup aurat tak nak, melayan semua lelaki tanpa ada rasa malu, solat kejap buat kejap tak buat malahan lagi banyak tak buat daripada buat.. haa perempuan macam ni lagi molek kita reject daripada kita terima untuk dijadikan calon isteri. Melainkan kalau datang kesedaran untuk mereka berubah, maka tak salah kalau diberi peluang..

1. Cantik Rupa Parasnya

Lelaki memang mudah jatuh hati dengan wanita yang memiliki rupa paras yang cantik. Kalau lelaki itu normal, memang susah untuk dia mengelak untuk bertentang mata dengan wanita yang cantik jelita. Kalau tak dapat tengok straight mata ke mata, dapat jeling sikit pun jadilah.

Kecantikan ni adalah sesuatu yang tak kekal.

Sewaktu masih muda remaja, memang wanita itu nampak cantik, anggun, ayu dan sebagainya. Tetapi setelah masa berganti masa, wajah yang dulunya ayu tetap akan jadi layu.

Sanggupkah wahai lelaki untuk menerima dirinya seadanya, atau sanggupkah wahai lelaki untuk menentang hukum tuhan dengan melawan proses penuaan? Nak beli anti-aging product, serum, facial treatment, botox.. semuanya tak akan kekal.

Habiskanlah berjuta-juta duit sekalipun, tetap wajah yang cantik akan pudar akhirnya.

2. Harta yang Banyak

Orang kita ini bila ada duit yang banyak, ada rumah, ada kenderaan, ada pekerjaan yang baik, dia dah mula rasa macam separuh dari dunia ini dah jadi milik dia. Apa nak jadi dekat tempat lain itu dah jadi bukan urusan dia. Dia tak nak ambik port langsung.

Sesiapa (lelaki) yang berjaya memenangi hati wanita yang memang dalam keluarga yang berharta, umpamanya dia dah memenangi jack pot!

Dah tak perlu lagi nak memikirkan hal-hal dunia.

Tetapi awas, memilih wanita yang berharta sedangkan diri adalah seorang yang sederhana atau papa kedana, yelah rumah tak ada, kenderaan tak ada, duit pun tak ada.. hanya akan menjadikan diri hina dihadapan wanita yang berharta itu tadi. Bila-bila masa diri si lelaki itu boleh dihina, di herdik, dicaci oleh kerana asal-usulnya yang miskin.

Kalau sanggup berhadapan dengan situasi penghinaan macam ni, silakan lah pilih wanita yang berharta.

Err.. by the way.. mana ada perempuan kaya nak kan lelaki miskin. Mana ada perempuan kaya nak hidup susah. Dalam filem hindi ada lah. Itu pun depa just ikut script yang tuan director bagi je, bukan betul-betul terjadi pun.

Dalam sejarah yang saya pernah baca, perempuan kaya yang nak kahwin dengan lelaki miskin cuma Saidatina Siti Khadijah je. Selain dari dia, tak pernah dengar lagi kat mana-mana.

3. Keturunan Yang Baik

Katakanlah wanita yang berjaya menarik hati si lelaki itu tadi adalah kerabat di raja, anak kepada Yang Di Pertuan Agung.. hmm nampak sangat tak matching untuk di jodohkan dengan orang kebanyakkan. Dah la orang kebanyakkan, miskin pulak tu.

4. Pilihlah Yang Kuat Agama

Antara empat aspek yang patut dijadikan sebab mengapa seseorang wanita itu dinikahi, rasulullah s.a.w menitikberatkan aspek agama sebagai main priority.

Wanita yang kuat agama dah pasti akan faham hakikat syurga dibawah telapak kaki suami. Bukan nak kata dekat tapak kaki suami itu ada syurga, tetapi nak beritahu yang keredhaan suami itu bakal menjadi salah satu sebab untuk si isteri dapat masuk ke syurga.

Kalau si suami dapat memperisterikan wanita yang kuat agamanya, yang menjaga tatasusila sebagai seorang muslimah, nescaya aman rumah tangganya. Tak adanya si isteri tu tadi nak gatal-gatal main kayu tiga dengan suami. Tak ada nak mengada-ngada nak main facebook duk melayan jantan-jantan dekat internet..

Sebab wanita yang solehah ini faham, apabila dirinya telah dinikahi, dirinya hanyalah untuk suami. Dia kena jadi sombong dengan lelaki lain. Tak ada nak menggedik-gedik dengan lelaki lain walaupun lelaki itu merupakan classmate dia masa waktu belajar dulu.

Kalau si isteri ni dapat tahu yang suaminya ada tanda-tanda dah jatuh hati dengan perempuan lain, dengan senang hati dan berlapang dada juga dia menerima keputusan suami untuk berpoligami.

Poligami itu bukan undang-undang yang manusia saja-saja ciptakan. Bukan. Itu merupakan satu jalan keluar yang dibenarkan oleh Allah s.w.t. apabila berhadapan dengan situasi lelaki tak setia pada yang satu itupun jika seseorang lelaki itu mampu untuk berlaku adil dan mampu untuk kahwin lagi satu. Tak perlulah nak melalui proses gaduh-gaduh, berhubungan sulit, cerai-berai dan lain-lain.

Apa yang biasa saya lihat dalam surat khabar, kes-kes perceraian ni berlaku antaranya disebabkan oleh suami dan isteri mempertikaikan hukuman dan ketetapan yang Allah s.w.t dah tetapkan dalam Islam. Ha.. eloklah, dua-dua tak faham agama, dua-dua jahil.. jadinya untuk orang-orang yang jahil, jalan keluar yang dia nampak cuma satu. Iaitu talak.

****

Berkahwin dalam usia muda ini memang satu perkara yang absolutely awesome.

Di waktu para muda-mudi hanyut dialun ombak rindu bersulam dosa, kita rileks je dengan pasangan hidup kita yang dah sah dalam ikatan pernikahan yang suci.

Bila saya bukak facebook sejak dua menjak ni, without fail ada je jemputan majlis perkahwinan si fulan dengan si fulanah pada sekian-sekian haribulan.

Bukan tak bagus kahwin di usia muda, bagus.. kita boleh elakkan maksiat dan dapat menyalurkan gelora hawa nafsu ditempat yang sah malahan dapat pahala lagi tu, tapi cuma satulah perkara yang mungkin perlu diambil perhatian.

Sebab apa kita nak nikahi seseorang wanita itu? Adakah sebab kecantikannya? Atau mungkin ke sebab hartanya? Keturunannya?

Sebaik-baiknya, pilihlah yang kuat agamanya.