Pernahkah
anda bermimpi berbau seksual dengan orang selain pasangan anda? Jika
ya, jangan bimbang, bukan bererti mimpi tersebut bermakna anda ingin
curang. “Jika diperhatikan, sebenarnya ada yang boleh dipelajari dari
mimpi kita,” ujar ahli terapi perkahwinan dan penulis buku ‘A Short
Guide to a Happy Marriage’ Sharon Gilchrest.
“Mungkin
ada sesuatu yang hilang dari hidup anda atau mungkin ada masalah dalam
hubungan tersebut yang perlu difikirkan,” tambahnya. Agar tidak semakin
bingung, berikut ini tujuh mimpi yang biasa berlaku dan ertinya, seperti
dipetik dari iVillage:
1. Bermimpi dengan orang dari masa lalu
Apabila
anda memimpikan bekas kekasih atau orang lain dari masa lalu itu
menunjukkan bahawa anda sedang mengalami kebosanan pada hubungan dengan
pasangan. “Bekas kekasih datang pada mimpi anda ketika anda merasa
hubungan sekarang terasa seperti rutin. Mantan datang (dalam mimpi)
untuk menghidupkan kembali ghairah yang hilang itu,” jelas pakar mimpi
yang juga penulis buku ‘Cracking the Dream Code’, Lauri Quinn
Loewenberg.
2. Bermimpi dengan rakan kerja atau atasan
Pernah
bermimpi bermesraan dengan orang terdekat yang tidak pernah terlintas
dalam fikiran untuk bersamanya? Jangan bimbang, menurut Loewenberg mimpi
seperti itu menandakan bahawa anda merasa selesa bekerja atau menjalin
hubungan yang baik dengan orang tersebut secara profesional, bukan
seksual. Boleh juga anda mengagumi atau justeru iri atas kemampuannya.
3. Bermimpi dengan selebriti
Mimpi
bercinta dengan selebriti, mungkin terbilang jarang terjadi pada
wanita. Jika anda pernah bermimpi tentang itu, mungkin menunjukkan jika
ada sesuatu yang sangat anda inginkan, tapi belum juga tercapai. Mimpi
bercinta dengan pemuzik atau penyanyi, boleh melambangkan keinginan
bahawa anda mengharapkan sesuatu yang lebih romantis dari hubungan
asmara yang sekarang. Atau, boleh juga bererti, anda memimpikan hidup
mewah bersama pasangan.
4. Bermimpi dengan orang yang dibenci
Jangan
terkejut bila bermimpi tentang rakan kerja atau rakan kongsi perniagaan
yang anda tidak sukai. Mungkin dalam fikiran bawah sedar, anda ingin
menyamai atau menandingi kualiti yang ia miliki. Bila orang yang anda
benci masih mempunyai hubungan saudara (sepupu, bapa saudara atau kakak
ipar), dan anda bermimpi bercinta dengannya, ada kemungkinan anda ingin
memperbaiki perseteruan agar hubungan keluarga semakin dekat.
5. Bermimpi dengan sesama wanita
Mimpi
bercinta dengan sesama wanita bukan bererti anda mempunyai
kecenderungan penghalaan seks menyukai sesama jenis. Menurut Loewenberg,
mimpi ini biasa terjadi apabila wanita hamil, ketika mereka merasa
sangat feminin. Mimpi tersebut merupakan sebuah perayaan atas kejayaan
yang anda lakukan sebelumnya. Di sisi lain, mimpi ini juga mungkin
bererti anda ingin lebih difahami oleh pasangan. Mungkin juga anda
mendambakan kekasih yang lebih sensitif dan perhatian.
6. Bermimpi ketika bercinta ada gangguan
Anda
sedang bercinta dengan pasangan dalam mimpi, namun kemudian di
tengah-tengah aktiviti tersebut, ada seseorang yang datang dan
merosakkan kenikmatan. Jika mengalami mimpi seperti itu, bererti masa
untuk privasi sering terganggu, baik oleh pekerjaan, keluarga atau
bahkan alam sekitar. Luangkan waktu sejenak sejenak dan nikmati masa
kebebasan anda dengan melakukan perkara-perkara yang disukai.
7. Bermimpi tak dapat cari tempat untuk seks
Anda
dan pasangan berniat melakukan quickie, tetapi tidak menemukan tempat
yang boleh menampung keinginan tersebut. Jika anda mengalami mimpi
seperti itu, maka saat ini anda sedang sukar mencari waktu yang tepat
untuk melakukan hubungan seksual dan mula membuat anda kecewa.
![]()

