March 09, 2012

Jenis Wanita Ideal Menurut Kamasutra Jawa



Kamasutra dikenal luas merupakan sebuah kitab yang menjelaskan hal-hal yang berkaitan dengan kenikmatan alami manusia. Konon kitab ini ditulis oleh seorang raja di India kuno yang mempunyai kemampuan untuk mencapai kenikmatan tersebut dengan berbagai posisi yang kemudian ia tuliskan dalam kitab Kamasutra ini. Akan tetapi, kebudayaan Jawa juga mencatat tentang kitab Kamasutra dari Jawa. Salah satu isi dari Kamasutra Jawa ini adalah menjelaskan tentang beberapa jenis wanita ideal yang dapat dijadikan isteri. Namun seperti sastera Jawa pada umumnya, banyak penggunaan simbol-simbol yang memang menjadi karakteristik sastera Jawa.

Berikut ini adalah beberapa JENIS wanita ideal menurut Kamasutra Jawa:

1.      Kusuma Wicitra
Wanita yang digambarkan seperti bunga yang sedang mekar (kusuma: bunga). Maksudnya adalah, ketika bunga akan mekar, maka ia akan menanti saat yang tepat ketika ia sudah siap lahir batin. Sama dengan wanita, ia akan siap untuk menikah ketika ia telah siap lahir batin. Lahir, telah ia persiapkan dengan matang, sementara batinnya telah ia lengkapi dengan ilmu agama yang menjaganya.

2.      Padma Sari
Padma adalah bunga teratai. Maka disini wanita digambarkan sebagai bunga teratai yang telah mekar di kolam. Bunga teratai kadang merupakan simbol kemesraan, maka wanita Padma sari adalah wanita yang selalu bersikap mesra kepada suaminya (disimbolkan dengan kolam, artinya sesuai pada tempatnya).

3.      Sri Pagulingan
Kata “pagulingan” yang identik dengan peraduan, dimaksudkan bahawa wanita jenis ini adalah wanita yang bersinar yang menunjukkan kecantikan jasmani dan rohaninya, sekalipun sedang berduaan dengan suaminya.

4.      Sri Tumurun
Kata “tumurun” yang bererti turun, boleh dikatakan bahawa wanita jenis ini diibaratkan seperti bidadari yang turun dari langit. Sebutan ini juga boleh sebagai sanepan atau penggambaran bahawa wanita jenis ini adalah wanita yang suka kerja keras, suka membantu sesama, yang dibuktikan dengan “turun” dari tempatnya.

5.      Sesotya Sinangling
Wanita jenis ini adalah wanita yang dapat menjadi perhiasan (sesotya) lahir mahupun batin bagi suaminya. Jika disesuaikan dengan dunia moder, maka akan memperoleh ungkapan, “di balik lelaki hebat terdapat wanita yang luar biasa.”

6.      Traju Mas
Wanita atau isteri yang ideal adalah isteri yang dapat memberikan pendapat atau solusi ketika suaminya tengah menghadapi sebuah pilihan. Maka wanita Traju Mas berperanan sebagai timbangan untuk suami.

7.      Gedhong Kencana
Seperti namanya yang berarti “rumah emas”, berarti bahawa isteri dapat berperanan sebagai tempat yang nyaman untuk suaminya, senantiasa dirindukan. Wanita atau isetri yang berhati teguh demi memberikan keteduhan ketika suami sedang merasa lelah kerana bekerja.

8.      Sawur Sari
Wanita Sawur Sari diibaratkan seperti bunga mekar yang harum baunya. Seperti Kembang Wijayakusuma yang sedang mekar, tidak sombong akan kecantikannya, kerana tidak semua orang bioleh melihat bunga ini mekar secara utuh. Wanita yang terkenal akan keluhuran budi dan akhlaknya.

9.      Pandhan Kanginan
Merupakan wanita yang ideal, menarik hati, baik budinya, tampilannya sungguh menawan. Seperti aroma pandhan wangi yang memberi kenikmatan, wanita Pandhan Kanginan akan memberikan kenikmatan hanya pada suaminya.

Kesembilan jenis wanita yang dijabarkan di atas merupakan gambaran wanita ideal untuk dijadikan isteri. Tentu saja standardisasi ideal setiap orang berbeza, tetapi dengan adanya penggolongan jenis-jenis seperti ini dapat dijadikan sebagai referensi untuk memperoleh pasangan yang tepat, kerana pernikahan adalah kerana Tuhan, sementara perceraian adalah kerana setan.