Pelakon drama, Tasha Shilla yang baru-baru ini hangat digosipkan menari ghairah di sebuah kelab malam di sini mengaku takut mati pada salah satu soalan ‘cepumas’ yang diajukan kepadanya oleh media.
Tasha Shilla yang semakin meningkat naik
dan panas dengan gosip-gosip yang kurang enak didengar mendedahkan
perkara tersebut pada satu wawancara khas yang diadakan dengan Mstar di
slot ‘Apa Cer!’, baru-baru ini.
Dia turut mendedahkan bahawa kerja yang
paling hebat yang pernah dilakukannya seumur hidup ialah apabila
diarahkan untuk masuk ke dalam keranda bagi menjayakan satu babak
lakonan drama ‘Panggilan Arwah’.
Selain itu, pelakon drama Atas Nama
Cinta yang sedang ditayangkan di TV3 ini menamakan mantan Perdana
Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, sebagai manusia yang paling
dikaguminya.
Tasha Shilla, 25, juga mengambil
kesempatan menerusi wawancara tersebut untuk menafikan sekeras-keranya
gosip yang mendakwa dirinya ditaja dan menjalinkan hubungan dengan
seorang jejaka yang berstatus ‘VIP’.
“Saya nafikan dakwaan itu. Kalaulah
benar saya menjalin hubungan atau dibela golongan VIP, buat apa saya
bekerja-keras siang dan malam untuk mengukuhkan nama dalam bidang
lakonan ini.
“Lagi pun, saya tinggal dan berada di
bawah jagaan keluarga. Ibu bapa saya sentiasa mengetahui dan memantau
gerak-geri saya, jadi tidak logik kalau ada yang kata saya dibela oleh
VIP,” katanya kepada Mstar Online.
Berikut adalah beberapa perkara menarik
mengenai Tasha Shilla atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak,
yang dipetik dari laman media online tersebut;
1. APAKAH YANG ADA DALAM BENAK FIKIRAN ANDA SEKARANG? : Mengenai penggambaran drama yang belum selesai.
2. SIAPA MANUSIA YANG PALING ANDA KAGUMI? : Tun Dr. Mahathir Mohamad.
3. APAKAH YANG PALING ANDA TAKUTI? : Mati.
4. APAKAH SIFAT-SIFAT YANG PALING MENONJOL DALAM DIRI ANDA?: Gigih.
5. APAKAH SIFAT-SIFAT YANG ANDA TIDAK SUKAI PADA ORANG LAIN?: Penipu.
6. PERKARA PALING HEBAT YANG PERNAH ANDA LAKUKAN?: Berlakon depan kamera. Dulu tidak ada keyakinan diri.
7. PERNAHKAH ANDA MEMBENCI SESIAPA?: Elakkan perasaan membenci.
8. PERNAHKAH ANDA DIBENCI? OLEH SIAPA?: Pernah tapi tak pasti.
9. BAKAT APAKAH YANG PALING ANDA INGINI?: Menyanyi.
10. JIKA ANDA DAPAT MENUKAR SATU PERKARA
TENTANG DIRI ANDA, APAKAH YANG AKAN ANDA TUKAR? Kaki. Mahu kaki panjang
macam patung Barbie doll.
11. APAKAH PENCAPAIAN ANDA YANG PALING BESAR?: Diterima ramai.
12. PADA SITUASI BAGAIMANAKAH ANDA MENGANGGAP DIRI ANDA GAGAL?: Apabila tidak dapat jayakan kehendak pengarah.
13. KERJA YANG PALING HEBAT YANG PERNAH ANDA LAKUKAN?: Masuk dalam keranda untuk jayakan drama “Panggilan Arwah”.
14. PERKARA YANG PALING ANDA HARGAI DARIPADA SEORANG KAWAN?: Setia kawan dan tidak tikam dari belakang.
15. SIAPAKAH PENULIS KEGEMARAN ANDA?: Tiada.
16. SIAPAKAH HERO FIKSYEN ANDA?: Tiada.
17. BAGAIMANAKAH ANDA MAHU DIINGATI/ DIKENANG?: Hasil kerja.
18. MOTTO KEHIDUPAN ANDA.: Tidak mudah putus asa, gigih dan realisasikan impian.
![]()
