April 07, 2012

Daron Malakian Laungkan ‘Allahuakbar’ Dalam Konsert!

 
 Suatu ketika dahulu band metal, System Of A Down pernah popular dan muziknya banyak menjadi ikutan golongan remaja negara kita. Kekerasan dan jeritan dalam setiap lagu yang dimainkan oleh band metal ini dikatakan mampu memberikan kepuasan kepada setiap remaja-remaja yang meminati muzik yang berunsur keras. 

Namun, sesuatu yang pelik dan menjadi tanda tanya apabila salah seorang ahli band tersebut, gitaris dan juga vokalis, Daron Malakian dengan tidak semena-mena melaungkan ‘Allahuakbar’ semasa konsert Rock In Rio pada 2 Oktober 2011. Apa yang lebih pelik, semasa insiden itu berlaku, jelas terpancar rasa terkejut di wajah vokalis utama band itu, Serj Tankian dengan tindakan Daron ketika mereka sedang menyanyikan lagu Suite Pee yang mengisahkan tentang agama dan Jesus Christ. 

Walaupun Tankian berpaling sebentar untuk melihat tindakan mengejut Daron, dia kembali fokus semula menyanyikan lagu itu. Saksikan sendiri rakaman video sewaktu konsert mereka berlangsung walaupun sudah lama ia dimuat naik di laman YouTube. Apakah kaitan antara laungan ‘Allahuakbar’ dengan lagu Suite Pee? Atau, adakah Daron seorang Islam? Wallahualam.
Daron Malakian Laungkan ‘Allahuakbar’ Dalam Konsert!