Mahkamah semalam menjatuhi hukuman penjara sekurang-kurangnya
15 bulan ke atas seorang lelaki yang membelasah isterinya ketika mereka
menaiki limousin menuju parti meraikan perkahwinan mereka.
Adnan Rusanovski didakwa mengasari isterinya, Ferdi, termasuk dengan
menggigit wajah wanita terbabit, selain cuba mencekik dan menumbuknya
sebanyak 27 kali.
Adnan, 30, melakukan kesalahan itu pada Mei tahun lalu.
Akibat kejadian itu, Ferdi, 28, mengalami kecederaan teruk dan pemandu
limousin berkenaan menganggap pergaduhan itu ‘lebih teruk daripada
perlawanan tinju.’ Pasangan itu baru berkahwin di Macedonia.
Peguam Adnan berkata, tertuduh menghidap masalah mental dan masih
bergelut untuk mengubah dirinya, antara lain melalui perkahwinan.
Bagaimanapun, hujah itu ditolak hakim.
Sebaliknya, Adnan dikatakan mabuk sebelum kejadian. Ketika ini pasangan terbabit dilaporkan bercerai.
![]()

