Seorang
lelaki bernama Roland Smith (32) ditangkap Jumaat, minggu lalu, setelah
menikam kekasihnya kerana tertangkap basah tidur dengan lelaki lain di
sebuah motel. Demikian diberitakan The Smoking Gun, Isnin (14/5/2012).
Roland asal Spotsylvania
County, Virginia, Amerika Syarikat (AS), menikam sang kekasih di motel
Econo Lodge. Sang korban yang berusia 36 tahun mengatakan kepada polis
jika si pelaku menikam di bahagian perut. Sang korban kemudian dibawa ke
RS setempat. Keterangan ini dikeluarkan oleh Spotsylvania County
Sheriff’s Office.
Roland ditangkap di
lokasi kejadian dengan tangan bersimbah darah dan sebuah pisau. Dalam
foto, terlihat tulisan di bahagian tubuh pelaku dalam bahasa latin
antara lain Cogito ergo sum (saya berfikir kerana itu saya ada), Alis
grave nil (tak ada yang sulit bagi mereka yang memiliki sayap), serta
sebuah tulisan artikulasi yang ditulis di bawah kata-kata itu.
![]()

