
LONDON : Seorang lelaki bertindak melalakukan aksi pelik apabila dia berjalan dalam keadaan berbogel di pinggir bandar Enfield, utara London.
Lelaki misteri ini berjalan dengan penuh yakin di sepanjang jalan walaupun perlakuannya diperhatikan oleh pemandu-pemandu kenderaan yang lain. Dia tidak memakai sebarang pakaian kecuali stoking dan kasut sahaja.
Salah seorang pemandu yang melalui jalan tersebut, Tim Stevens, 28, telah mengambil gambar lelaki tersebut. “Dia tidak berkata apa malah dia kelihatan seronok dan bangga dengan kelakuan tersebut,” kata Tim.
Sebuah kereta melulu keluar dari laluan tersebut apabila lelaki bogel berkenaan meminta bantuan untuk membawanya ke sebuah kedai. Tiada siapa mengetahui sebab utama lelaki misteri ini berkelakuan pelik
![]()
