Stewart buat pembedahan
Kirsten Stewart
 
KURANG keyakinan dengan payudaranya yang kecil, pelakon, Kristen Stewart dikhabarkan ingin membesarkan asetnya itu.

Pelakon filem Twilight ini memberitahu akan menjalani pembedahan plastik untuk membesarkan payudaranya agar kelihatan lebih menarik.

“Dada yang kecil membuatkan saya rasa kurang bahagia. Saya ingin membesarkan sedikit untuk kelihatan lebih cantik,” katanya.

Namun, ada sumber memberitahu bahawa bintang Snow White & the Huntsman itu telah menjalani pembedahan.

Hal ini turut diakui pakar bedah plastik New York, Dr Matthew Schulman, yang mengatakan payudara Kristen nampak lebih besar kebelakangan ini.