November 27, 2012

Wanita Meninggal Dunia Selepas 42 Tahun Koma

 Wanita Meninggal Dunia Selepas 42 Tahun Koma
Tiada apa yang dapat diluahkan oleh keluarga O’Bara selain kesedihan dan meratapi pemergian seorang ahli keluarga mereka, Edwarda O’Bara.
Edwarda suatu ketika dahulu adalah seorang gadis yang pendiam dalam keluarga O’Bara.
Tetapi, dia bahagia dengan kehadiran ayah, ibu, Kaye O’Bara dan kakaknya, Collen O’Bara.
Edwarda seorang remaja yang lincah dan cemerlang dalam pelajarannya walaupun dia mempunyai penyakit kencing manis.

Walaupun mempunyai penyakit itu, Edwarda tidak pernah membataskan dirinya dalam melakukan sebarang aktiviti seperti gadis-gadis yang lain.
Hinggalah pada 3 Januari 1970, Edwarda bangun dari tidur di kediamannya, Miami Gardens dalam keadaan mengerang kesakitan dan menggigil teruk kerana ubat insulin yang diambilnya tidak mengalir dalam saluran darahnya.
Sejak dari tarikh itu, Edwarda telah koma.
Lebih memilukan, Edwarda sempat berpesan kepada ibunya untuk tidak pernah meninggalkan dirinya.
“Janji jangan tinggalkan saya?”

“Tidak, saya tidak akan pernah meninggalkan kamu, sayang. Janji. Janji tetap janji!”
Itulah kata-kata terakhir dari Edwarda sebelum dia menutup mata dan hidup terbaring lesu di atas katilnya.
Sejak dia koma, ibunya, Kaye sentiasa menjaga keperluan diri Edwarda.
Tahun 1979, ayah Edwarda meninggal dunia dan tanggungjawab menjaga Edwarda dijaga sepenuhnya oleh Kaye.

Namun, Kaye pula pergi meninggalkan Edwarda lima tahun lepas akibat sakit tua. Kakaknya, Collen pula mengambil alih usaha dan tanggungjawab untuk menjaga adik kesayangannya.
Tetapi, setelah 42 tahun koma, Edwarda telah pergi selama-lamanya mengikut jejak ayah dan ibunya.

Edwarda sempat memberikan senyuman terkahir kepada Collen sebagai tanda sayangnya kepada kakaknya.
Mayat Edwarda dijadualkan dikebumikan pada hari ini antara jam 6 petang di Southern Memorial Park 15000 West Dixie Highway, North Miami.
Kematian Edwarda turut diumum oleh Collen di laman sesawang mereka, edwardaobara.com.