November 25, 2012

Wow!!! Rozita Pilih Yang Mana Satu??

 Shah Iskandar & Zain Saidin Berebut Rozita CW?
Entah di mana silapnya, pelakon lelaki, Shah Iskandar dikatakan berebut pelakon wanita, Rozita Che Wan dengan Zain Saidin hingga menimbulkan situasi tegang antara mereka.
Seperti yang dilaporkan dalam mStar Online, Shah dikhabarkan mempunyai hubungan yang rapat dengan pelakon wanita yang masih lagi cantik itu.

Namun, Shah menerangkan hubungan mesra yang terjalin antara dia dan Rozita hanyalah sekadar hubungan profesional dan atas urusan kerja sahaja.
“Setakat ini belum ada apa-apa yang serius antara saya dan Che Ta. Kami memang rapat dan tidak dinafikan banyak mata melihat kami bergurau serta berbual ketika di lokasi.
“Hakikatnya, hubungan saya dengan Che Ta pada masa ini hanya atas nama kerja dan profesional. Tiada apa-apa yang serius antara kami,” kata Shah.

Shah mulai rapat dengan Rozita sejak membintangi telefilem Anak Ikan arahan Rashid Sibir untuk siaran Astro baru-baru ini.
Dikhabarkan Shah telah membuatkan Rozita merajuk dan telah memujuk wanita itu dengan menghantar jambangan bunga yang banyak ke bilik penginapan pelakon wanita itu.

Ekoran dari tindakan tersebut, dikatakan Zain Saidin telah ‘naik angin’ dengan perlakuan Shah yang ‘mengacau’ hubungannya dengan Rozita.
Bagi Shah, dia bersedia untuk berjumpa dengan Zain Saidin untuk meleraikan segala kekusutan yang timbul antara Zain Saidin dan Rozita.

“Dia (Zain) ada hak untuk berasa kurang senang atau salah sangka dengan kemesraan saya bersama Che Ta (Rozita), walaupun saya tidak tahu status sebenar hubungan mereka, sama ada masih bersama atau sudah tiada apa-apa.
“Saya tidak salahkan Zain pun malah, saya bersedia dan terbuka untuk bersemuka jika dia mahu mendapatkan penjelasan berhubung gosip ini,” katanya.