March 13, 2013

Shila Hias Muka Depan Nona Edisi Perkahwinan

 Shila Amzah

Bagi edisi bulan April akan datang, pihak majalah Nona bakal menampilkan penyanyi terkenal, Shila Amzah sebagai penghias muka depan majalah mereka dengan bertemakan edisi eksklusif perkahwinan.

Jika dilihat daripada foto yang dipaparkan, Shila Amzah kelihatan sungguh cantik dan anggun apabila menggayakan pesalinan busana pengantin berwarna putih rekaan Jovian Mandagie dan diselitkan dengan hiasan bunga tangan dari Flora Academy.
Antara isi kandungan yang terdapat di dalam keluaran kali ini adalah disebalik kegagalan kisah cinta menerusi isu pelamin anganku musnah, ketahui 50 himpunan gaun pengantin yang cantik dan menarik, pelajari gaya tudung serta hantaran fesyen untuk pengantin lelaki dan yang paling istimewa ikuti temubual eksklusif luahan hati dan kisah cinta Shila Amzah.

Untuk ketahui dengan lebih lanjut bolehlah mendapatkan majalah ini nanti.
Di bawah ini adalah klip video di sebalik tabir sesi fotografi yang telah diadakan.