June 07, 2013

Siti Dan Suami Bercuti Di Bali

 Gambar Siti Dan Suami Bercuti Di Bali

Penyanyi kesayangan Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza dikhabarkan telah terbang ke destinasi romantik Bali, Indonesia untuk bercuti bersama suaminya tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K.

Siti juga sempat berkongsi gambar-gambar menariknya sepanjang di sana melalui akaun Instagramnya.
Selepas sibuk dengan rutin hariannya sebagai pemilik syarikat produk wangian dan penjagaan wajah, rasanya memang Datuk Siti perlukan masa yang rehat yang panjang untuk diluangkan bersama-sama suaminya itu.

Walaupun usia perkahwinan pasangan ini hampir mencecah tujuh tahun, namun kedua-duanya masih kekal romantis dan bahagia bersama.
Baguslah begitu.  Semoga rumahtangga pasangan popular ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
1

2

3

4