June 22, 2012

Sedih² !! Kisah wanita cantik yang dipasung selama 20 tahun.....

Perempuan berparas cantik itu hanya duduk di atas tempat tidur kayu dalam ruangan 2x2 yang menjadi tempat pemasungannya, ketikaTribun Medan melihatnya wartawan melihat melalui tingkap wanita itu adalah Siti Nuryalina Purba (41), yang sudah 20 tahun hidup dalam pasungan. Di sebelahnya, adiknya, Janter juga mendapat perlakuan yang sama. Keduanya dipasung pihak keluarga lantaran memiliki kelainan jiwa.


Terpasung dengan rantai besi selama 20 tahun

Kaki kiri Siti Nuryalina Purba, yang juga dipanggil Butet, diikat rantai besi sepanjang satu meter. Mereka berdua menghabiskan seluruh waktunya di dalam pasungan, termasuk untuk urusan buang hajat. Hasilnya, bau tak sedap menyelubungi dari dalam ruangan.  “Good morning, good morning, sini-sini foto aku lah, kan artis,” ujarnya spontan saat melihat kamera. Butet lebih reaktif daripada sang adik Janter, yang hanya diam ketika diberikan kue dan buah.

Ibu Butet, Bungani Boru Saragih Munthe, menceritakan kisah sedih yang dijalani anak-anaknya hingga berakhir di pasungan. Ketika bercerita, Bungani berkali-kali menitiskan air mata, terutama ketika Butet ditemukan melahirkan sendiri di dalam pasungan.

Butet tinggal bersama bibinya di Lawe Deski, Kampung Karo, Aceh Tenggara, hingga tamat SMA. Ketika itu, bibinya sering bertindak kasar pada Butet. Sebenarnya, penyakit jiwa Butet mulai muncul sejak duduk di bangku SMA. Usai tamat menyelesaikan pendidikan tingkat SMA, perilaku aneh dan kasar Butet makin menjadi-jadi, seperti mencuri barang-barang tetangga, hingga menganiaya ibunya.

Tetangga yang tak senang melihat perilaku Butet, mengadu ke kepala desa, yang selanjutnya diteruskan ke pihakTNI. Pihak TNI pun menganiaya ayah Butet dan memaksa agar ayahnya, Samsudin Purba, memasung anaknya agar tidak mencuri dan menganiaya tetangga lagi.

Akhirnya sejak 1990, Butet pun dipasung oleh ayahnya.”Kami tak punya wang untuk membawanya berubat, dan terpaksa kita ikuti permintaan tetangga,” katanya. Sejak itu dunia Butet hanya sebatas kamar berukuran dua kali dua meter.

Di kamar yang dindingnya terbuat dari kayu dan berjarak sekitar 20 meter dari rumahnya itulah Butet melalui hari-harinya dengan kaki kiri dirantai. Kepedihan hidup Butet tak berhenti sampai di sini. Suatu malam, ketika tertidur, sekumpulan pemuda tidak dikenal mengopek dinding papan tempat Butet dipasung. Butet pun diperkosa bergilir oleh pemuda-pemuda keji di kampungnya.

“Butet menceritakan kejadian tersebut kepada kami, tetapi kami tak percaya kerana menganggap Butet masih gila. Hingga akhirnya Butet hamil,” kata ibu Butet, Bungani Boru Saragih Munthe, sambil mengelap air matanya ketika menceritakan kisahnya kepada wartawan.

Lagi-lagi lantaran alasan kewangan, orangtua Butet tidak pernah membawa putrinya ke bidan. Hingga saat pagi mereka dikejutkan tangis seorang bayi dari bilik Butet. “Malam itu hujan kami tidak mendengar suara atau jeritan Butet. Padahal ketikat itu Butet tetap dalam pasungan. Kami pun hanya memanggil dukun beranak untuk membantu persalinan Butet,” kata Bungani sambil menarik nafas dalam-dalam.

Tak sempat menimang anaknya, orangtua Butet menyerahkan anaknya kepada famili yang belum mempunyai anak. Berharap anak Butet diurus dengan baik dan dapat hidup normal. Untuk menghindari perbuatan keji dari pemuda setempat, Butet pun dipindahkan orangtuanya ke tempat lain, tetapi masih di sekitar Kota Cane, Aceh Tenggara.

Sejak saat itu orangtua Butet berusaha sekuat tenaga untuk menyembuhkan Butet. Tanah, rumah, dan semua harta benda yang dimiliki Samsudin Purba dijual. Mulai dari paranormal hingga doktor sudah didatangkan. Tapi, Butet tak kunjung sembuh.

Bahkan, ketika dibawa ke Rumah Sakit Jiwa di Medan, Butet hanya bertahan dua minggu kerana kerap disetrum. Butet pun dikembalikan ke pasungannya. Sejak Samsudin Purba meninggal dunia 2005 lalu, Butet pun tak pernah lepas dari pasungan.

Sialnya, Butet kembali diperkosa oleh orang tak dikenal. Janda Bungani lalu membawa Butet dan tiga anaknya pindah ke Hutan Bah Liran, Nagori Siborna, Kecamatan Pane, Simalungun. Sudah lima tahun hidup di Simalungun, pasung Butet pun tak pernah dilepas meskipun keadaannya lebih baik. Dia sudah boleh diajak bicara oleh tetangga dan tak pernah mengalami perkosaan lagi.

Beruntung, meskipun tak ada perhatian pemerintah terhadap Butet yang dianggap gila, warga dan tetangga Bungani kerap membantu kehidupan janda lima anak yang ditinggal mati suaminya sejak tahun 2005 silam tersebut. Menurut pengakuan Bungani kepada wartawan ada warga yang rutin memberikan makanan dan wang kepada Bungani agar dapat bertahan hidup.

Naas memang, dari kelima anaknya, ada tiga yang mengalami gangguan jiwa. Namun, hanya dua orang yang dipasung, Butet dan Janter. Sementara Epinal ketika ini telah sembuh dan boleh hidup normal. Butet dipasung sejak tahun 1990, sedangkan Janter sejak tahun 1995. Keduanya dipasung di tempat berbeza, tetapi berdekatan.

Penyakit kejiwaan yang dialami ketiga anaknya merupakan keturunan dari suaminya, Samsudin Purba. Tiga saudara kandung suaminya pun mengalami penyakit kejiwaan. Bungani mengaku hanya pasrah melihat keadaan kedua anaknya yang masih terpasung di belakang rumah. Dia sangat berharap anaknya dapat sembuh dan hidup normal. “Setidaknya aku boleh lihat anakku mati di hadapanku. Daripada mati dibunuh orang di luar nanti, makanya terus dipasung,” ujar Bungani sambil terus menitiskan air mata.
Dia pun berharap banyak dari Pemerintah Kabupaten Simalungun untuk memberikan bantuan kepada dua anaknya. “Mahu bantuan untuk makanan mahupun pengobatan, atau apa pun tidak pernah diberikan pemerintah, tapi saya sangat berharap pemerintah mahu bantu,” ujar Bungani.

Camat Pane Jan Petrus tak mengetahui ada warganya yang sudah dipasung sekitar lima tahun di wilayah yang dipimpinnya. “Saya tidak tahu, saya baru tahu kerana baru diberi tahu,” ujar Jan Petrus yang dihubungi  melalui telefon seluler. Jan Petrus yang baru menjawa jawatant sebagai camat sekitar dua bulan berjanji akan mengoordinasikan permasalahan tersebut dengan jabatan yang terkait. “Saya kan masih baru, lebih kurang sekitar 2 bulan,” ujarnya

Read more ...

Kemelut RumahTangga Jimmy : Jimmy Shanley Terkejut Isteri Berbohong Buat Kenyataan

Jimmy terkejut dengan kenyataan terbaru isterinya iaitu Nursuhaila.

Pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Salleh amat kecewa dengan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy kerana membuat kenyataan tidak benar kononnya mereka telah berjumpa bagi membincangkan isu rumah tangga yang hendak diselesaikan secara baik luar mahkamah.
Jimmy, 32, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan isterinya adalah pada 4 Oktober tahun lalu di kediamannya di Putra Heights, Subang Jaya, dekat sini dan tidak lagi bertemu selepas itu.

"Apa yang dinyatakan oleh isteri saya adalah sama sekali tidak benar dan saya amat terkejut dia memberikan komen sedemikian kerana kali terakhir saya jumpa dia pada 4 Oktober tahun lalu.
"Bagaimanapun saya tidak mahu ulas panjang-panjang kerana enggan kisah antara kami lebih bertambah buruk,"

Jimmy diminta mengulas kenyataan isterinya yang disiarkan  pada Khamis dengan mendakwa mereka telah bertemu secara peribadi untuk berbincang bagi menyelesaikan kes perceraian mereka di luar mahkamah secara baik serta soal penjagaan anak.

Nursuhaila, 25, berkata, dalam pertemuan yang diadakan baru-baru ini, dia telah mencadangkan kepada Jimmy untuk berpisah dengan baik manakala hubungan mereka yang keruh itu dapat menjadi seperti sahabat.
Bagaimanapun Suhaila, dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana Jimmy masih tetap dengan keputusannya untuk menyelesaikan kes itu di mahkamah.

Isteri Jimmy, Nursuhaila.

Sementara itu, mengulas mengenai isu anak, Jimmy menyifatkan apa yang dituduh oleh isterinya sebagai satu penipuan dan dia menyerahkannya kepada mahkamah.
"Pasal anak ni malas saya nak cakap lebih-lebih dan tunggu sahaja perbicaraan di mahkamah nanti.

"Dia boleh cakap apa sahaja tetapi jangan sampai menipu dan sebab itu juga saya menyerahkan soal anak kepada mahkamah untuk menentukan," ujarnya.
Jimmy dan Nursuhaila telah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh.
Kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah.

Berikut adalah temu bual bersama Jimmy:

1. Suhaila mendakwa dia ada berjumpa dengan Jimmy baru-baru ini bagi menyelesaikan pertikaian antara anda berdua demi kepentingan anak. Benarkah dakwaan itu?
Tidak benar! Suhaila ada datang bertemu secara peribadi dengan saya baru-baru ini dan kali terakhir kami bersemuka adalah pada 4 Oktober tahun lalu bagi membincangkan masalah antara kami.

2. Kenapa agaknya Suhaila membuat dakwaan begitu dan adakah Jimmy terkilan dengan reaksi terbaru Suhaila?
Terkejut itu memanglah ada tapi saya tidak mahu ulas dengan panjang lebar kerana tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan yang telah parah. Suhaila atau sesiapa sahaja berhak untuk membuat sebarang kenyataan.

3. Suhaila mempertikaikan permohonan hak penjagaan anak yang dibuat oleh Jimmy di mahkamah dan memberitahu dia memang tidak membenarkan Zahrah bermalam di rumah Jimmy kerana bayi itu masih menyusu badan. Apa komen Jimmy?
Kalau menggunakan alasan anak tidak boleh tidur di rumah saya kerana menyusu badan adalah tidak logik kerana pada bulan April lalu Zahrah ada tidur di rumah saya dan tiada sebarang masalah kerana anak saya itu turut minum susu formula.
Bagi saya, adalah tidak adil untuk menipu begitu dan sebab itu juga saya menyerahkan kes berkenaan kepada mahkamah untuk membuat penilaian.

4. Baru-baru ini, bapa mertua anda iaitu Datuk Suhaimy membidas anda dalam sebuah program hiburan. Apa komen Jimmy terhadap dakwaan yang dilemparkan?
Saya tiada apa nak cakap kerana itu adalah hak beliau untuk bercakap dan saya tak nak komen.

5. Kes Jimmy dan Suhaila semakin rumit dengan pelbagai pendedahan dibuat. Adakah Jimmy rasa sudah sampai masa untuk kes ini dijalankan secara tertutup?
Saya dah buat permohonan untuk menjalankan kes ini secara tertutup menerusi peguam saya dan masih menunggu keputusan daripada pihak mahkamah syariah.
Read more ...

Maya Karin Dilihat Mesra Dengan VIP Bergelar Datuk ...


Maya Karin akui masih belum temui pengganti selepas hampir dua tahun bercerai. 
 

Aktres jelita Maya Karin menolak dakwaan terbaru kononnya dia sedang menjalinkan hubungan dengan seorang tokoh korporat berstatus Datuk.
Terbaru, bintang filem Ombak Rindu ini dilihat seolah-olah mempunyai hubungan mesra dengan individu yang merupakan cucu kepada ahli perniagaan ternama pada sebuah majlis makan malam dekat sini, malam Rabu lalu.
Gambar Maya bersma ahli perniagaan berusia sekitar 40-an itu dirakamkan oleh jurufoto M. Azhar Arif.

Mengulas mengenai gosip itu, Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 33, mengaku menghadiri majlis tersebut bersama lelaki berkenaan tetapi tidak mempunyai hubungan istimewa seperti didakwa.
“Benar saya menghadiri majlis makan malam itu dan duduk semeja dengan beliau tetapi saya hadir atas jemputan sebagai tetamu syarikatnya dan tiada apa-apa yang istimewa antara kami.

“Kalau hendak tahu, saya kerap berurusan dengan syarikat tersebut dalam projek-projek tertentu seperti kempen alam sekitar dan beberapa lagi. Hubungan kami memang baik sejak tiga hingga empat tahun lalu, sebab itu saya di undang sebagai tetamu.
Maya berkata gosip itu adalah tidak berasas kerana dia masih solo sehingga hari ini sejak bercerai dengan bekas suami Muhammad Ali Abdullah atau Steven David Shorthose pada 16 Julai 2010.

“Sehingga hari ini saya masih solo dan belum temui pengganti. Tiada apa yang hendak dirahsiakan jika saya sudah ada teman baru.
“Saya mahu menikmati kehidupan solo ini sepuas-puasnya dan melakukan perkara-perkara yang saya suka seperti mengembara tanpa ada sekatan,” katanya.
Maya duduk bersebelahan dengan seorang tokoh korporat bergelar Datuk ketika menghadiri sebuah majlis makan malam di ibu negara, 
 
Beralih pada perkembangan kerjaya, Maya yang ditemui pada pelancaran filem terbarunya berjudul Jwanita, baru-baru ini berkata, dia sangat teruja untuk menggalas watak wanita psiko dalam filem arahan Osman Ali itu.
“Saya teruja dengan tawaran baru dalam filem Jwanita kerana ramai yang sering bertanya bila saya akan membawakan antagonis. Selama ini, saya sudah mencuba watak puntianak, wanita penggoda dan gadis tomboi.

“Watak wanita psiko ini mencabar kemampuan emosi dan fizikal saya tetapi saya tidak mahu buat sebarang rujukan pada watak atau filem lain kerana bimbang akan terikut-ikut atau meniru watak yang sedia ada itu.
“Saya mahu terjemahkan karakter itu dengan pemahaman dan imaginasi sendiri,” katanya.

Filem terbitan Nuansa Sdn Bhd dan Ehsan Production Sdn Bhd itu menyaksikan gandingan kali keempat Maya dan Osman Ali selepas filem Anak Halal, Cun dan Ombak Rindu.
Selain Maya, filem genre suspens dan ngeri itu turut dibintangi antaranya Bront Palarae, Cristina Suzanne dan Marsha Milan Londoh.

Ia bakal memulakan penggambaran pada 30 Jun ini di sekitar Kuala Lumpur dan Terengganu selama 30 hari dengan kos sebanyak RM1.5 juta.
Read more ...

June 21, 2012

Pewit!! Awek Seksi ...



Beginilah kalau awek yang terlalu panazzzz.. hingga  lupa mengukur sesuai tak dengan mode pakaian yang dikenakan.. akhirnya menjadi fenomena LUCU serta lawak.. dengan Narsisnya dia pamer perut Buncit kemana mana..

Read more ...

Fuhh Sengal!! Gila..pelancung dan pelacur selamba berhubungan seks ditepi jalan.....

Inilah foto-foto kegiatan hubungan seks parapelancung  dan pelacur tempatan, mereka dengan santainya melakukan kegiatan birahinya ditempat terbuka. GILA.. ditempat terbuka, mirip dengan haiwan yang tak punya akal. Kegiatan ini berlaku di pusat Kota Barcelona...

 Kalau pelancung nekad melakukan hubungan seks dengan pelacur di tempat terbuka, di tepi jalan kota, apakah penyebabnya?  Tidak punya duit bayar bilik hotel? Tidak ada bezanya mereka dengan anjing yang berhubungan seks di sembarang tempat.Lihat gambar ini...(maaf jika gambar kurang menyenangkan tapi tujuan hendak menunjukkan apa bezanya manusia dengan binatang jika kelakuan sebegini)







Read more ...