September 30, 2011

Kabinet bincang jadikan Hospital Serdang sebagai Hospital UPM

30/09/2011 4:19pm

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Cadangan untuk menjadikan Hospital Serdang sebagai hospital pengajar bagi Universiti Putra Malaysia (UPM) akan dibincangkan di peringkat Kabinet, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, difahamkan Kementerian Pengajian Tinggi telahpun menyiapkan kertas kerja mengenai perkara itu untuk dibentangkan dalam waktu terdekat.
"Tidak dinafikan perkara itu adalah penting untuk UPM, tetapi buat masa ini perlu dikaji dengan teliti. Kalau hendak bina baru melibatkan kos yang tinggi dan kalau diambil alih apa pula kesannya,” katanya semasa berucap sempena lawatan kerja ke UPM di sini hari ini. - Bernama