September 30, 2011

Safee, Norshahrul kembali bergandingan


Safee Sali bakal kembali mendapat gandingan terbaiknya, Norshahrul Idlan Talaha bagi menggempur kubu Australia. (gambar arkib)

KUALA LUMPUR, (D5) - Datuk K. Rajagobal gembira menyambut gandingan dua penyerang terbaiknya, Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha menjelang pertemuan skuad kebangsaan berdepan Australia di Canberra, 7 Oktober ini.

Pengalaman Safee berguru di Cardiff City bakal digunakan sebaik mungkin sementara Norshahrul turut berada dalam prestasi yang baik dalam saingan Piala Malaysia musim ini selepas pulih daripada kecederaan hamstring.

Kali terakhir mereka bergandingan bersama sewaktu membenam Hong Kong 2-0 di Stadium Shah Alam.

"Ini masa terbaik untuk saya meliat dua pemain ini bermain semula dan saya berharap mereka dapat beraksi dengan baik," kata Rajagobal dalam sesi pertama latihan pusat skuad kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya.