
Kisah Anuar Zain dipeluk dan dicium peminat fanatiknya bukanlah cerita baru. Bahkan Anuar sendiri pernah mengingatkan peminatnya agar tidak berbuat demikian.
Benar, pernah satu ketika Anuar ‘rela’ diperlakukan sebegitu.
“Saya rela dan tidak kisah pun selagi tindakan itu masih boleh dikawal, tidak mengganggu persembahan dan tidak melanggar batas,” katanya yang dipetik secara meluas oleh media suatu ketika dulu.
Mungkin disebabkan kenyataan itu juga, Anuar telah dikritik teruk hingga terpaksa mengingatkan peminatnya untuk tidak berbuat demikian setiap kali melakukan persembahan selepas itu.
“Saya akan turun ke bawah, tetapi janji jangan peluk dan cium saya,” itu peringatan yang diungkapkan oleh Anuar untuk beberapa kali dalam sebuah konsert di ibu negara beberapa bulan lalu.
Tetapi nampaknya ‘ketegasan’ Anuar tidak bertahan lama.
Kelmarin Anuar berada di Singapura untuk promo tour album terbaru beliau.
Dikatakan ramai sekali peminat Anuar telah datang untuk melihat persembahan dan ramah mesra Meet & Greet Session bersama penyanyi itu di Singapore Expo.
Kemudian ia diteruskan pula di City Square Hall jam 4 petang untuk sessi menandatangani autograf.
Dan ketika inilah sesi ‘cium dan peluk memeluk’ terjadi lagi.
Anuar dilihat langsung tidak mengelak atau berkata TIDAK kepada peminat wanita yang memeluk dan menciumnya…bukan seorang pula tu!
Bagi penulis, jika benar Anuar tidak suka perlakuan sebegitu, dia sepatutnya tahu apa yang perlu dilakukannya.
Beliau masih boleh menolaknya secara hormat.
Pelukan Anuar itu bukanlah berpaksikan pelukan nafsu, tetapi walau apapun alasan, ia masih dilarang dan ditegah oleh agama.
Sama ada ia berlaku di Malaysia atau Singapura itu bukanlah persoalannya...Inikah salah seorang IDOLA anda... kueng kueng kueng... : Sumber :