December 27, 2011

Wow !! Dedah Sana Sini Bukan Jual Diri??

Liena Hangat ‘Halal’kan Aksi Seksi Untuk Cari Rezeki?
Baru-baru ini, penyanyi dangdut tanahair, Nor Azlina Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Liena Hangat, tampil memberikan jawapan mengenai kontroversi gambar-gambarnya membuat persembahan ‘hangat’ di sebuah majlis makan malam yang tersebat di internet.

Kritikan peminat yang menuduhnya berkelakuan seolah-olah menjual diri sebagai pelacur, Liena menjelaskan bahawa dia hanya berlaku profesional sebagai penghibur dan memohon agar tidak dihentam dirinya yang mencari rezeki sebegitu.

“Kenapa hanya lihat keburukan saya, sedangkan itu tanggungjawab saya sebagai penghibur? Kenapa perlu menjatuhkan saya sedangkan itu sumber pencarian saya? Saya hanya mahu jadi penghibur profesional,” katanya yang dipetik dari portal hiburan popular, Murai.com.my.

Menurutnya Liena, dia tahu batas-batas sebagai seorang penghibur dan berkemungkinan persembahannya malam itu telah disalah tafsir oleh para peminat.
“Saya masih tahu batasnya dan saya tahu apa yang boleh buat, apa yang tidak boleh. Saya tidak begitu bodoh melakukan perkara tidak elok, tambahan pula dikhalayak ramai. Mungkin ada orang salah tafsir persembahan saya malam itu,” ujarnya lagi.
Selain itu, Liena juga menyatakan bahawa dia selesa dengan imej berpakaian seksi begitu dan itu tidak membawa maksud bahawa dirinya menjual diri dengan adegan-adegan yang menggiurkan.

“Dengan rendah diri, saya hanya melengkapkan tugasan saya dengan menghiburkan tetamu, bukan menjual diri dengan adengan mengiurkan. Memang saya berpakaian seksi tetapi itu keselesaan saya,” katanya kepada laman portal online itu.

Nor Azlina, 39, memberitahu bahawa malam itu dia ditugaskan untuk menghiburkan tetamu pada satu majlis makan malam dan berkemungkinan gambar-gambarnya itu disebarkan oleh tetamu yang cemburu kerana tidak mendapat ‘layanan istimewa’ yang diberikan kepada tetamu lain.

Agak menggemparkan apabila Liena Hangat yang dipercayai beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak sensitif dengan hukum-hakam agama yang sememangnya melarang umatnya untuk beraksi sedemikian rupa.
Lebih memburukkan keadaan, Liena dengan selamba mengaku selesa berpakaian seksi sedangkan Islam telah menggariskan batas-batas aurat untuk wajib ditaati oleh penganutnya.

Apakah perlu sebagai seorang penghibur profesional melayan tetamu sehingga lupa adab susila dan prinsip keagamaan sehingga beraksi sebegitu rupa?
Penulis pernah juga pernah dihiburkan oleh beberapa artis pada di majlis-majlis makan malam dan para tetamu tetap merasa sangat terhibur meskipun tidak dilayan ‘extra’ sebagaimana Liena di majlis makan malam itu.

Justeru itu, penulis amat-amat berharap agar Liena berhati-hati dan tidak lagi ‘menghalalkan’ aksi-aksi persembahannya itu dan menyifatkannya sebagai ‘profesional’ kerana sikap sebenar penghibur profesional tidak langsung memerlukan aksi-aksi panas sebegitu.

Sewajarnya, Liena perlu mencontohi penhibur-penghibur lain seperti Datuk Shiela Majid, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, Ziana Zain, Adibah Noor, Anita Sarawak dan ramai lagi artis wanita yang tidak perlu berpeluk atau beraksi ghairah dengan para tetamu.