Keputusan pelajar yang berjaya masuk ke Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sesi 2012 akan diketahui pada 21 Januari ini.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, bagi kes rayuan masuk ke Tingkatan Satu SBP pula akan dimaklumkan pada 16 Februari 2012.
“Pengambilan pelajar SBP sesi 2012 ialah seramai 7,380 orang untuk Tingkatan Satu dan 5,500 untuk Tingkatan Empat,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan kerja di Kolej Tunku Kurshiah di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Puad berkata, terdapat 63 SBP ketikan ini dan sembilan daripadanya merupakan sekolah premier.
Katanya, sebanyak 40 SBP lagi adalah sekolah menengah sains, 12 sekolah berasrama penuh integrasi dan dua sekolah menengah agama persekutuan.
Tambah berliau, sebuah lagi SBP akan dibuka di Bentong, Pahang pada Mei ini.
Pada 24 Disember lalu media melaporkan Kementerian Pelajaran memperuntukkan sebanyak 2,214 daripada 7,400 tempat di SBP untuk pelajar lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) daripada keluarga miskin dan luar bandar yang berdaftar dengan program e-Kasih.
Daripada jumlah tersebut seramai 360 pelajar mendapat keputusan 3A, 660 pula memperolehi 4A dan bakinya memperolehi 5A.
Keputusan itu dibuat dengan mengambil kira cabaran pelajar msikin dari segi tekanan kehidupan dan kekurangan kemudahan untuk belaja
![]()
