January 04, 2012

Anwar Kecut Dicabar Tun M Bersumpah Al-Qur’an - Politik Malaysia

 Anwar Kecut Dicabar Tun M Bersumpah Al-Qur'an
Anwar Ibrahim, bekas pemimpin Abim dan kini pemimpin parti reformasi jalanan PKR suka main sorok-sorok.

Dulu apabila dicabar bersumpah laknat oleh Saiful Bukhari Azlan, pemuda yang mendakwa di liwat Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri itu cepat-cepat menyorok di belakang ponggong ulama besar seperti Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradawi dan Dr Sheikh Wehbah Az-Zuhaili.

Dikeluarkan bermacam-macam alasan aqli dan nas untuk mengelak menyambut cabaran bekas pembantu berusia 25 tahun itu.
Kemudian apabila keluar pula video seks membabitkan beliau dan disusuli dengan sumpah laknat Datuk Shazryl Eskay, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul pada April lalu, Anwar sekali lagi main sorok-sorok.
Alasan kali ini pula tuduh ketiga-tiga individu tersebut memfitnah beliau ataus arahan Umno.

Terkini Anwar menyerang peribadi mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap pada majlis makan malam yang menyentuh mengenai Program Tranformasi Ekonomi (ETP) di Hotel Westin 15 Disember lalu.
Anwar sengaja memilih acara yang turut dihadiri oleh  duta dan wakil kedutaan asing untuk menuduh bahawa Dr Mahathir telah menulis kepada Bank Dunia meminta bantuan dana semasa krisis kewangan 1999 dan sekali cuba mengikis topeng beliau sebagai agen Barat dan alat Bank Dunia.

Beliau cuba tonjolkan imej hero kepada rakyat Malaysia bahawa dialah yang menyelamatkan ekonomi negara apabila menolak tawaran pinjaman daripada Bank Dunia pada 1993 semasa menjawat Menteri Kewangan.
Sebagai negarawan ulung, Dr Mahathir tidak gentar tuduhannya dan meminta Anwar bersumpah dengan Al-Qur’an serta mengeluarkan salinan surat yang didakwa ditulis beliau kepada Bank Dunia.

Dr Mahathir berkata beliau juga akan bersumpah menjunjung Al-Qur’an.
Seperti yang sudah dijangka, Anwar memang sudah pakar dalam permainan sorok-sorok.
Tidak mampu menjawab cabaran Dr Mahathir secara anak jantan, Anwar cuba mengalih pandangan umum kepada isu syarikat arak San Miguel.
Hakikatnya Anwar tidak mahu ekonomi negara dan rakyat diselamatkan daripada kemelut krisis kewangan yang melanda pada 1997.

Antara langkah yang amat menyakitkan rakyat ialah keputusan Anwar menaikkan  Kadar Faedah Kad Kredit dengan begitu tinggi mengikut formula Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) daripada 10 kepada 15 peratus.
Tindakan itu menyebabkan ribuan pengguna kad kredit dari golongan berpendapatan sederhana diambil tindakan mahkamah kerana gagal membuat pembayaran dan akhirnya diisytiharkan muflis.

Anwar juga tunduk kepada tekanan IMF dengan menaikkan Kadar Pinjaman Asas (BLR).
Hasilnya puluhan ribu rakyat Malaysia kehilangan rumah dan kediaman mereka kerana tidak mampu lagi membayar balik pinjaman perumahan kepada bank yang naik melambung.
Kini berdegar-degar pula dia melaung untuk mereformasi ekonomi negara walhal dialah sebenar penyangak besar melemahkan ekonomi Malaysia dan menjerumuskan rakyat dalam kemiskinan ketika itu.
Apabila Dr Mahathir mahu melaksanakan dasar fiskal untuk berbelanja dalam keadaan kegawatan ekonomi bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi, Anwarlah orangnya yang meyekat usaha itu atas alasan berjimat cermat.
Akibatnya ratusan syarikat-syarikat pembinaan Bumiputera dan lain-lain syarikat besar dan sederhana yang menyumbang besar kepada ekonomi negara terpaksa gulung tikar.
Namun permainan sorok-sorok Anwar mungkin akan berakhir 9 Januari 2012 nanti apabila diketahui keputusan bicara liwatnya.
Pada tarikh itu dia akan tahu siapa sorok siapa.

Dalam blognya Anwar memberitahu antara 9 hingga 11 Januari beliau akan berada di India dan seterusnya pada 12 Januari mengadap taikonya, Recep Erdogan di Istanbul.
Mungkin dia seakan-akan tahu nasib badan, awal-awal sudah beri ‘signal’ hendak menyorok lagi.