January 17, 2012

Perhh... Bakar Ibu Sendiri Hanya Pasal Ketagih Todi

 Bakar Ibu Sendiri Pasal Todi
Seorang lelaki berusia 25 tahun sanggup membakar ibu sendiri hanya kerana wanita berkenaan enggan memberikan wang sebanyak RM1.80 kepada untuk membeli minuman keras.
Rupesh Tukaram Jingare kini ditahan pihak berkuasa dan dia akan didakwa atas cubaan membunuh.
Ibunya, Nirmala Tukaram Jingare, 50, telah dimasukkan ke hospital selepas 40 peratus badannya mengalami kecederaan akibat terbakar.
Dia dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku pada 7.15 malam, Sabtu lalu.
Rupesh, yang tidak bekerja, ketagih minuman keras sejak lima tahun lalu.
Lelaki berkenaan juga sering menghabiskan masa dengan bersuka-ria bersama rakan-rakannya yang juga penduduk kampung tersebut.