January 04, 2012

Pewit!!! Biodata Pelajar Cemerlang Yang Lupa Daratan...


Nur Amalina Che Bakri adalah merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan seorang guru dan bapanya Che Bakri seorang jurutera DBKL. Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1. Nur Amalina berjaya mendapat A1 dalam 17 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, matematik Moden, Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi, Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan. Beliau bercita-cita untuk menjadi pakar perbidanan dan sakit puan.

Pendidikan awal : Tadika Farley’s Kota Bahru
Sekolah Rendah :
- Sekolah Rendah Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu (darjah 1)
- Sekolah Kebangsaan Taman Suria, Johor Bharu (darjah 2-4)
- Sekolah Kebangsaan Taman Daya, Johor Bharu (darjah 5)
- Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram (darjah 6)

Anugerah :
- Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan 2004
- Johan Pidato Permodalan Nasional Berhad

Pencapaian :
- Dibiayai pengajian di luar negara sepenuhnya oleh Bank Negara
- Terpilih untuk mengikuti Program Pertukaran Pelajar ke Itali anjuran American Field Service pada 5 Disember 2004 sehingga 5 Februari 2005
- Terpilih antara 11 penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426 peringkat Kebangsaan
- Duta Akademik Berita Harian