![]() |
| Wajah Shima Anuar tanpa berpurdah |
Semuanya gara-gara kedua-dua filem lakonannya itu tidak mempamerkan wajahnya dengan jelas kerana menerusi filem pertama yang dilakonkannya dalam Sumpahan Kum Kum hanya memperlihatkan sebahagian wajahnya, manakala filem 7 Petala Cinta pula, kemunculannya berpurdah.
![]() |
| Gambar terbaru Shima Abuar |
Namun
Shima Anuar berkata, dia tidak ambil pusing mengenai perkara itu kerana
apa yang penting baginya penonton dapat mengenalinya menerusi bakatnya.
"Alhamdulilah,
walaupun saya ini pendatang baru tetapi MIG sudah memberi kepercayaan
kepada saya untuk membawa watak utama dalam dua buah filem mereka.
"Saya sedar filem
pertama wajah saya kurang dikenali kerana saya berselendang dan wajah
saya di solek sebahagiannya menjadi buruk.Kemudian untuk filem 7 Petala
Cinta yang akan keluar ini pula, wajah saya ditutup dengan kain purdah.
![]() |
| Shima Anuar dalam filem 7 Petala Cinta |
"Meskipun
wajah saya kurang menonjol pada kedua-dua filem berkenaan, namun saya
percaya penonton sekarang boleh menilai seorang pelakon itu bukan kerana
rupa tetapi bakat lakonannya.
"Saya akan buktikan
yang bakat lakonan saya akan membuat penonton mahu tercari-cari siapa
diri saya sebenarnya," kata bekas penuntut jurusan Seni Lakonan Teater,
Universiti Teknologi Mara ini.
Shima Anuar mula
menjadi artis di bawah naungan MIG sejak November 2010 dan mula muncul
sebagai pelakon dalam drama Klik di Astro Ceria.
![]() |
| Shima & Diana dalam filem 7 Petala Cinta |
NAMA SEBENAR: Noor Hashimah Bt Anuar
TARIKH LAHIR: 8 April 1991
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
AYAH: Anuar Md Yunus
IBU: Allahyarhamah Aziah Ahmad
KELUARGA: Anak keempat daripada 6 beradik
KERJAYA: Pelakon
FILEM: Flat 3A, Bini-biniku Gangster, Sumpahan Kum Kum, 7 Petala Cinta, 'X'
DRAMA: Klik(astro), Ku Sangka 2 Rupanya 3(rtm), Impian Raya Emelyn(tv9)
![]()




