Bintang sensasi Hollywood, Jeniffer Lopez atau lebih dikenali sebagai J-Lo akhirnya mengaku memilih seorang penari muda, Casper Smart, sebagai pasangan menggantikan bayangan bekas suaminya, Marc Anthony.
Menurut J-Lo, Smart adalah pilihan
terbaik untuk dijadikan kekasihnya memandangkan sikap lelaki berusia 24
tahun itu yang penyayang dan memiliki rupa paras yang comel pada
pandangnya.
“Casper sangat comel dan anda sendiri boleh melihatnya sendiri.
“Dia benar-benar pilihan yang baik untuk
saya, tetapi saya tidak mahu bercakap mengenainya terlalu banyak kerana
ia ialah kisah peribadi saya,” kata J-Lo yang dipetik baru-baru dari
majalah antarabangsa, Vouge.
J-Lo yang kini telah berusia 42 tahun
berpisah dengan Anthony yang juga merupakan seorang penyanyi Amerika
Latin terkenal sejak tujuh tahun lalu dan mereka dikurniakan pasangan
kembar yang kini sudah berusia empat tahun.
Sebelum berpisah, J-Lo pernah menyatakan kepada media bahawa Anthony adalah lelaki terakhir dalam hidupnya.
Bagaimanapun, pengkritik dunia hiburan antarabangsa memberikan komen bahawa heroin filem “Shall We Dance” itu sepatutnya berfikir dahulu sebelum membuat kenyaatan sedemikian.
![]()
