KOTA KINABALU: Berbekalkan wajah cantik
dan susuk tubuh menarik, dua wanita belasan tahun ligat memikat lelaki
dengan menawarkan khidmat seks sebelum mengambil kesempatan untuk
mencuri barangan dan wang mereka di Kampung Air, di sini.
Namun, kelicikan kedua-dua suspek yang
berusia 16 dan 19 tahun yang popular dengan gelaran ‘ting-ting’ itu
berakhir Selasa lalu apabila dicekup polis selepas pelanggan mereka
membuat laporan polis kerana disamun.
Terdahulu, dalam kejadian pada jam 7.45 malam, kedua-dua mangsa yang juga rakan sekerja dikatakan terpedaya dengan wanita berkenaan yang mengaku menawarkan perkhidmatan seks dengan harga murah iaitu RM70.
Selepas bersetuju, mangsa bersama suspek masuk ke bilik khas
masing-masing sebelum wanita berkenaan berbaring di atas katil dan
menutup lampu.
Ketika sedang asyik bermesra dalam
keadaan separuh bogel, seorang lelaki yang juga kenalan suspek menyusup
ke dalam kedua-dua bilik melalui pintu rahsia dan melarikan dompet dan
telefon bimbit mangsa di dalam poket seluar.
![]()
