Shikin berkata, mereka bagaimanapun
tidak memutuskan untuk bercerai buat masa ini sebaliknya lebih selesa
hubungan tersebut kekal sedemikian.
“Keputusan untuk tidak lagi tinggal
bersama dibuat secara bersama dan buat masa ini kami selesa begini
kerana ia memberi ruang kepada diri masing-masing,” ujarnya ketika
dihubungi pada Jumaat.
Shikin atau nama sebenar Aishah Dahlan, 32, memberitahu dia menganggap hubungannya dengan Ahmad Zuki

Mohd. Zain, 36, sudah tiada jodoh tetapi
menyerahkan kepada takdir sekiranya masalah yang berlaku antara mereka
dapat dipulihkan.
Oleh sebab itu juga kata Shikin, mereka
enggan membuat keputusan untuk memfailkan penceraian selain merasakan
agak susah untuk berulang-alik ke mahkamah.
“Saya dan Zull tidak berniat untuk
bercerai buat masa ini tetapi saya tidak dapat menjangkakan jika jodoh
saya masih panjang dengannya atau tidak pada masa hadapan. Tetapi kami
masing-masing selesa dengan keadaan sekarang iaitu untuk tidak tinggal
serumah,” ujarnya.
Ditanya mengenai punca masalah rumah tangga mereka, Shikin enggan mendedahkan kemelut yang berlaku sebaliknya menganggap ia sebagai takdir.
“Hubungan kami masih baik sehingga hari
ini dan rasanya ia akan kekal begitu kerana kehidupan sebagai pasangan
suami isteri tidak berjaya di antara kami,” ujarnya.

Katanya hubungan mereka lebih kepada sahabat demi anak tunggal mereka iaitu Qistina Balqis yang kini mencecah usia tujuh tahun.
Dalam perkembangan lain, Shikin sibuk
dengan undangan membuat persembahan pada majlis-majlis korporat dan
tertutup selain kembali menyanyi di sebuah kelab di Kuala Lumpur.
Shikin dan Ahmad Zuki berkahwin pada 27 September 2003 dan masalah rumah tangga mereka telah kedengaran sejak tahun 2010.
![]()
