March 08, 2012

FUhh!! Guru Cantik Disuruh Berhenti


lleana Tacconelli (28) telah mengajar selama tiga tahun di sekolah Katolik prestisius,  San Carlo di Milan, Itali. Dengan memilik tiga ijazah  Tacconelli yang juga bekas ratu kecantikan tak mempunyai masalah dalam mengajar.

Namun, tiba-tiba maslah telah menimpanya hanya kerana dia pernah jadi model foto seksi dan juga berpakaian seksi dimana gambarnya telah beredar di internet.

Beberapa orang ibu murid yang marah bersikap reaktif dengan mengeluarkan anak-anak perempuannya dari sekolah itu. Sementara yang lain, khususnya bapa pelajar dan juga pihak sekolah berada di belakang Tacconelli.

Kes ini mula tersebar bila salah seorang ibu kepada pelajar telah memprotes pada guru besar sekolah, Romo Aldo Geranzani. Dia mengatakan Tacconelli terlalu 'menarik dan mengganggu'.

Kemudian, di dunia internet muncul video Tacconelli ketika berlakon di sebuah sketsa komedi dengan menggunakan seluar pendek ketat dan bra. Juga foto seksinya yang mengenakan baju polis Amerika Syarikat.Kes ini menjadi sensasi di Itali kerana wanita bukan berlakon dalam filem lucah cuma berlakon komedi.

Ketika masih muda, perempuan berambut panjang ini memegang gelaran Miss Abruzzo, sebuah pertandingan kecantikan tempatan.

Dia juga pernah jadi finalis pertandingan ratu cantik peringkatt nasional tapi gagal menang. Tacconelli kembali belajar sehingga dia layak untuk mengajar.

Di tengah kejadian ini, Tacconelli mengaku tetap bersyukur. Dia masih mendapat sokongan...