Lelaki bukan saja berdepan masalah penurunan kekuatan mental apabila dikelilingi wanita, malah akan mengalami masalah itu walaupun cuma memikirkan mengenai mereka, menurut satu kajian baru.
“Dengan kehadiran wanita, lelaki
kadang-kadang tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Mereka tidak dapat
berfikir lurus apabila dikelilingi wanita,” lapor akhbar.
Namun perkara itu tidak berlaku kepada
wanita, menurut kajian Universiti Radboud Nijmegen di Belanda, yang
disiarkan dalam online November lalu.
Penyelidik membandingkan hasil kajian
dengan adegan dalam novel Tolstoy, Anna Karenina, yang menonjolkan
karektor lelaki, Levi, menjadi amat gemuruh ketika cuba memikirkan
sesuatu untuk memberitahu seorang wanita, Kitty, yang tidak mengenali
rakan yang berjalan melepasi kolam tempat mereka berdiri. Ia juga
berlaku dalam kehidupan sebenar.
“Keadaan itu adalah biasa jika wanita berkenaan menarik dan lelaki cuba menarik perhatiannya,” menurut penulis kajian.
Penyelidik menggunakan penuntut universiti sebagai peserta uji kaji.
Dalam satu kajian, penuntut diminta
melengkapkan tugas membaca gerak bibir yang menghendaki mereka menyebut
perkataan dengan kuat di depan kamera web.
Mereka diberitahu seseorang akan melihat rakaman dan cuba membaca gerak bibir.
Peserta lelaki yang diberikan wanita
memerhatikan mereka melakukan perkara itu memberikan persembahan
terburuk dalam ujian kemampuan kognitif walaupun tidak melakukan secara
berdepan dengan wanita. Sementara peserta wanita tidak menunjukkan
perubahan.
Penyelidik mendapati hasil kajian
mungkin berkaitan dengan tekanan evolusi yang membentuk lelaki menjadi
lebih bersikap seksual di sebalik keadaan biasa, tetapi menegaskan
kajian lanjut perlu dilakukan.
![]()
