Seorang pelajar tingkatan lima dilaporkan ‘terpaksa’ menawarkan khidmat seks bagi mengumpul sejumlah wang untuk membiayai kos membeli pil menggugurkan kandungan setelah kekasihnya bersikap lepas tangan terhadap masalah yang dihadapinya itu.
Pelajar tersebut yang hanya dikenali
sebagai Shasha memberitahu media Sinar Harian bahawa dia telah menjual
tubuhnya kepada beberapa orang kenalan lelaki dengan bayaran RM100 untuk
setiap kali bersama.
“Untuk mendapatkan pil menggugurkan
kehamilan, saya terpaksa melakukan hubungan seks dengan beberapa kenalan
lain bagi mendapatkan modal.
“Pil itu (gugurkan kandungan) terbahagi
kepada dua jenis. Empat biji dimakan serta-merta manakala empat biji
lagi dimakan selepas 12 jam. Harga pil ini sekitar RM350 hingga RM400.
“Untuk mendapatkan wang saya akan
berjumpa seorang rakan lain dan meminta dia memperkenalkan diri saya
kepada beberapa pelanggan atau kenalannya,” katanya yang dipetik dari
media online berkenaan hari ini.
Ekoran insiden tersebut Shasha mengaku
serik untuk menjalinkan sebarang hubungan dengan mana-mana lelaki dan
telah beralih arah untuk terjebak dengan percintaan sama jenis atau
lesbian.
Menurut Shasha lagi, dia menyembunyikan
hubungan sama jenis tersebut dari pengetahuan keluarga memandangkan
kekasihnya, Faiz, akan datang tidur dirumahnya pada setiap hujung
minggu.
“Cara ini lebih senang, ibu bapa tidak
tahu kami sedang bercinta. Mereka akan menyatakan kami perempuan dan
adalah lebih baik saya melepak dalam bilik dengan seorang kenalan
perempuan dari keluar bersama teman lelaki.
“Saya jadi fobia untuk berkawan dengan lelaki kerana banyak keburukannya.
“Bagi saya bercinta sesama jenis lebih
baik kerana ibu bapa tidak akan dapat mengesan perlakuan atau hubungan
seks yang kami lakukan selain itu, ia tidak akan mengakibatkan saya
hamil seperti dulu,” katanya lagi. ![]()
