April 05, 2012

Hasilkan Minyak Masak Daripada Organ Binatang

 Hasilkan Minyak Masak Daripada Organ Binatang
Pihak berkuasa di China berjaya mematahkan sindiket pengeluaran minyak masak yang menggunakan organ dalaman daripada binatang sembelihan yang telah busuk untuk menghasilkan minyak masak.
Minyak berkenaan digunakan di beberapa buah restoran di bandar-bandar termasuk Shanghai.

Sindiket tersebut beroperasi di Jinhua dan dipatahkan selepas lima bulan siasatan dijalankan melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan.
Setakat ini ketua kumpulan itu dikenali sebagai Li Weijiang dan 100 pengikutnya telah ditahan manakala lebih 3,200 botol minyak tersebut dirampas.
Menurut polis, bahan yang digunakan untuk menghasilkan minyak itu ialah usus, daging dan bulu binatang peliharaan yang telah busuk, yang diambil daripada binatang sembelihan seperti biri-biri, lembu dan babi.

Siasatan mendapati kumpulan itu memperolehi 10 juta yuan hasil keuntungan yang diperolehi dengan menjual minyak berkenaan.
Minyak itu dijual dengan harga 5,000 yuan untuk satu tan dan ia lebih murah daripada harga normal minyak masak di pasaran.
Dalam pada itu, pakar pemakanan memaklumkan penggunaan minyak yang diperbuat daripada usus binatang hanya memberikan ancaman serius kepada kesihatan manusia.
Tangkapan berkenaan mendedahkan kaedah baru yang digunakan untuk menghasilkan minyak berbanding pengeluaran minyak kitar semula di restoran-restoran sebelum ini.