LONDON - Pengambilan arak secara berlebihan tanpa henti mencapai tahap kritikal di Britain, kata beberapa pakar kesihatan.
Pada hujung minggu,
sekumpulan lelaki dan wanita keluar dari pub dan kelab malam dalam
keadaan terhuyung-hayang akibat mabuk menjadi perkara biasa di ibu kota
Britain di sini.
Sebahagian wanita
berkenaan tanpa segan silu muntah di kaki lima tanpa menghiraukan
pakaian mereka terselak dan menampakkan seluar dalam.
Sebahagian daripada mereka terpaksa dikejarkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri ekoran minum terlalu banyak.
"Anda malu jika dilihat
mabuk di rumah. Di sini (pub dan kelab malam), ia merupakan satu trend,"
kata seorang pelajar universiti, Kaisa Toroskainen semasa dia minum bir
di sini bersama beberapa rakannya.
Mengulas tentang
aktiviti tidak sihat itu, beberapa pakar menyatakan budaya minum arak
menyebabkan Britain menanggung beban kewangan sekitar AS$4.4 bilion
(RM13.57 bilion) setahun.
Ia termasuk bil hospital
dan kos rawatan kesihatan berkaitan pengambilan minuman keras
terutamanya penyakit hati yang melonjak 25 peratus sejak beberapa tahun
lalu.
"Semakin ramai belia
berusia lewat 20-an hingga pertengahan 30-an menghidap penyakit hati
akibat minum arak," kata seorang pakar hati di Universiti Newcastle,
Chris Day.
"Keadaan ini tidak berlaku di Britain 20 tahun dahulu," tambahnya.
Had umur untuk minum arak di Britain ialah 18 tahun berbanding 21 tahun di Amerika Syarikat.
Harga arak di negara ini murah iaitu kurang daripada $1.10 (RM3.39) untuk sebotol minuman keras.
![]()

