August 06, 2012

Contoh ‘Terbaik’ Hairie Othman Selepas ‘Berhijrah’

 Hairie Othman Ikuti Jejak Abby Cipta Kontroversi
Semua orang tahu yang pelakon Hairie Othman sudah pun menyertai parti Pas beberapa bulan lalu.

Hairie menyertai Pas secara sah dengan beberapa orang artis lain seperti Abby Abadi.
Sejak beberapa minggu lepas, hanya nama Abby sahaja menjadi bualan hangat tidak kiralah bagi peminat seni hiburan negara mahu pun mereka yang cenderung dan peka mengenai isu politik.

Kalau bercerita mengenai pembabitan Abby ke dalam dunia politik, satu-satu cerita ‘panas’ dan kontroversi yang tercipta.
Habis cerita periuk nasi mengenai kehidupannya yang tidak mendapat rezeki juga dihebahkan kepada umum.
Belum lagi isu mengenai dia dikhabarkan sudah pun berkahwin dengan seorang adun.
Macam-macamlah.
Baiklah, itu isu dan kisah mengenai Abby.

Beralih pula kepada kisah Hairie.
Nampaknya, sekarang ini, Hairie juga dilihat seperti mengikut ‘jejak langkah’ sahabat perjuangannya Abby.
Bermula dengan kenyataan ‘lantang’ Hairie di bulan Ramadhan ini yang dibuat di laman Twitternya, pada 4 Ogos 2012 yang lalu.

Tetapi, dek kerana kenyataannya, ramai yang mengkritik kata-kata Hairie.
Berbeza dengan Abby yang masih ada penyokong kuat menyokong apa sahaja percakapan yang keluar dari mulutnya.
Kalau dahulu, ramai yang menghormati diri Hairie kerana sikapnya yang suka menghormati orang. Tetapi, tidak lagi kini.

Apa sudah jadi ni Hairie?