August 06, 2012

Ella Cuba Sesuaikan Diri Jadi Isteri Azhar...

Ella Cuba Sesuaikan Diri Jadi Isteri Azhar

Penyanyi Rock, Ella mengakui dia berasa sedikit kekok untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang isteri selepas berkahwin dengan suaminya, Azhar.
Ella yang sudah pun biasa hidup seorang diri selama 46 tahun ini memerlukan masa untuk dia membiasakan kehidupannya yang baru dengan pasangannya.
Malah, Ella sedikit pun tidak berputus asa dan mencuba untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang isteri dengan baik.

“Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar walaupun saya akui agak susah juga untuk membiasakan diri dengan kehidupan sebagai seorang isteri.
“Namun saya cuba menyesuaikan diri perlahan-lahan untuk belajar sedikit demi sedikit mengenai perihal menguruskan suami supaya dia dijaga rapi oleh saya,” kata Ella.

Ella yang belum cukup lagi sebulan menyandang status sebagai isteri Azhar gembira kerana tahun ini dia berpeluang menyambut Ramadhan bersama insan tersayang di sisinya.
Walaupun sibuk menguruskan kerjaya seninya, Ella tidak akan sesekali melupakan tanggungjawabnya untuk menguruskan Azhar setiap hari.
Malah, dia dan suaminya, akan mengambil peluang untuk menunaikan solat Tarawikh bersama-sama selepas berbuka puasa.

“Saya gembira sangat kerana berpeluang bersolat terawih bersama suami kerana bukan mudah untuk kami bersama di bulan puasa ini disebabkan masing-masing sibuk dengan kerja.

“Namun masa yang kami ada dimanfaatkan dengan baik. Selepas bersolat terawih bersama kami sempat ke kedai Mamak untuk menikmati teh tarik bersama,”
“Tanggungjawab saya setiap hari bermula dari lepas solat Subuh bersama suami kerana saya tidak akan tidur dan terus menguruskan keperluan suami untuk dia keluar bekerja seperti pakaiannya dan sarapan pagi (sebelum berpuasa).