ATLANTA: Buat pertama kalinya, Bobbi
Kristina dilihat di tempat awam bersama lelaki yang berjaya mengubat
rasa sedihnya akibat kematian ibunya, sekali gus abang angkatnya.
Anak Whitney Houston berusia 19 tahun
itu dilihat memakai sebentuk cincin di jarinya dan dikatakan bertunang
secara rahsia dengan Nick Gordon, 22.
Namun begitu, nenek Bobbi, Cissy
Houston, menganggap pertunangan itu adalah ikatan “sumbang.” Pasangan
itu memang saling mengenali sekian lama kerana Bobbi dan Gordon membesar
bersama-sama apabila Whitney mengambil pemuda itu sebagai anak angkat
ketika dia berusia 12 tahun.
Ketika itu, bapa Gordon dipenjara dan ibunya tidak mampu membesarkannya.
Cissy menganggap hubungan cinta Bobbi dan Nick itu adalah satu kesalahan.
Cissy juga dikatakan pernah meminta Whitney campur tangan dalam usahanya untuk mengusir Gordon dari rumah Whitney yang berharga AS1.2 juta (RM3.6 juta) di Atlanta yang menjadi tempat pasangan itu tinggal.
Bobbi pula tidak mendengar nasihat
neneknya dan memberi tahu rakannya, dia tidak peduli pandangan
keluarganya terhadap hubungannya dengan Gordon. Sumber berkata, Bobbi
tidak boleh memuaskan hati semua orang jadi buat pertama kalinya dia
akan lakukan sesuatu yang dia mahu.
Seorang rakan memberitahu, Gordon melamar Bobbi pada hujung minggu lalu
Seorang rakannya berkata, mereka bimbang
Gordon hanya mengambil peluang ke atas Bobbi, apatah lagi dia bakal
mewarisi harta ibunya sebanyak AS$10 juta (RM30.6 juta).
Gordon menambahkan lagi spekulasi
mengenai status hubungan mereka apabila menulis di laman Twitter, “Ya,
kami rapat!” Dia juga memuat naik gambarnya dan Bobbi di laman Twitter,
minggu lalu.
Tidak cukup dengan itu, Gordon turut memberitahu peminat untuk mengikuti akaun Bobbi Kristina. – DM
![]()
