March 30, 2012

FAM Digodam-Fitnah Terhadap RileksCrew??


Rasanya berita ini tak perlu lagi diperincikan lagi kerana MyDefancer juga telah mengeluarkan artikel mereka berkenaan kejadian ini. Dan ketika entri ini ditulis juga, laman berkenaan yang boleh diakses disini masih lagi mempunyai mesej daripada penggodam.


Tidak diketahui siapa yang bertanggungjawab sebenarnya kerana penceroboh juga tidak meninggalkan sebarang nama kecuali mendakwa laman terbabit telah digodam oleh kumpulan RileksCrew. Bagaimanapun dakwaan ini telah disangkal awal oleh orang kanan mereka iaitu Dboyz RileksCrew.


Mungkin tindakan ini dilakukan bagi memfitnah pihak RileksCrew berdasarkan beberapa siri perbalahan yang melibatkan kedua-dua pihak beberapa hari yang lepas. Perkara sebegini juga amat memalukan negara sendiri kerana kedua-dua pihak yang terlibat sebenarnya adalah daripada negara yang sama ( .my ) dan tindakan penceroboh juga dilihat seolah-olah tindakan yang amat kurang matang dan seperti mencari publisiti murahan.





Nota daripada penceroboh :


Tuanku,
Sudah-sudah lah pegang tapuk FAM tu. Dah 28 tahun dah. Tak cukup kaya lagi ke? Rasanya dah byk dah sponsorship masuk FAM tu.  Bolasepak bukan makin naik, makin merudum ada la. Pepatah Melayu ada mengatakan " Bapak Borek, anak Rintik". Sorang pegang bola, sorang pegang hoki. Result? dua-dua lingkup!!! 
Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!!  Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!!
Siapa yang buat kesalahan besar sekarang ni kalau bukan Tuan Presiden sendiri. 


Kesilapan besar? Kesilapan yang besar sebenarnya adalah membenarkan seorang yang langsung tak membawa apa2 kebaikan sbg peneraju dalam bolasepak.
Hakkkkkkk Tuuiiiii!!!!!

Kritik pun kene gantung, komen pun dosa besar, tegur pun kene amaran. Anda telah membuktikan bahawa ANDA MEMANG PEMUSNAH BOLASEPAK MALAYSIA. Tahniah...


Sebab kami bukan bacol kami RileksCrew terpaksa mengambil tindakan sebegini , Tolonglah

paham wahai tuanku


Berikut adalah seperti yang dapat dilihat daripada homepages laman yang digodam terbabit.
Persoalannya apakah tujuan sebenar penceroboh berkenaan dengan mengaitkan pihak RileksCrew seolah-olah seperti mahu mencemarkan nama pihak lain demi untuk kepentingan diri sendiri sekaligus memperlihatkan sikap keanak-anakkan, skiddies dan wanna-be.


Dan alhamdulillah ketika entri ini disiapkan pihak webmaster telah menyedarinya dan telah cuba memperbaiki laman mereka. 


*"Dan ingatlah, ketika ditanya Rasullullah S.A.W pernah berkata yang pada akhir zaman nanti akan terjadi suatu fitnah besar datang daripada timur".


Fitnah yang semakin berluas-luasa sehingga menghancurkan umat Islam sendiri. 


Diharapkan perkara sebegini tidak lagi berlaku kerana jelas kejadian seperti ini tidak menguntungkan mana-mana pihak dan seolah-olah negara kita juga sedang diketawakan oleh pihak luar. Jika benar mempunyai kemahiran tertentu kenapa tidak diterjemahkan ke arah yang lebih berfaedah daripada melemparkan fitnah kepada pihak lain?


http://notepad69.blogspot.com/2012/03/fam-digodam-fitnah-terhadap-rc.html